Friday, August 9, 2019

Kemahiran Berfikir dan Quran


Wahyu 2 Surah Al-Qalam - سورة القلم

[68:36 - 68:40] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
68:36
68_36 Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
(Al-Qalam 68:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥

68:37
68_37 Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
(Al-Qalam 68:37) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥

68:38
68_38 Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
(Al-Qalam 68:38) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥

68:39
68_39 Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
(Al-Qalam 68:39) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥

68:40

68_40 Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"
(Al-Qalam 68:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 565 - ٥٦٥


Al-Quran merupakan kalam Allah SWT dan wahyu yang menjelaskan secara nyata prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Ia turut menyentuh berbagai bidang ilmu pengetahuan dan apa jua persoalan yang menjadi keperluan manusia secara umum dan umat Islam khususnya. Al-Quran menjadi kitab petunjuk yang memberi bimbingan dan panduan buat seluruh umat manusia, malah golongan jin juga. Ia sepatutnya menjadi bahan bacaan, objek perenungan, dan sumber ilmu. Ia bersifat tekstual dan teoretikal yang perlu diaplikasi sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, sudah sepatutnya umat Islam menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengamalkannya secara aktif. Bukan bersikap pasif dan tuli, sebagaimana golongan jahiliyah di zaman Rasulullah SAW yang menutup telinga terhadap al-Quran.

Berbagai cabang ilmu pengetahuan disentuh al-Quran. Malah ia menjadi pelopor dalam membimbing dan mengajar manusia berkaitan bidang pemikiran. Al-Quran diturunkan kepada manusia; sedangkan identiti unik manusia terletak pada akal fikirannya. Tidak pelik atau aneh jika al-Quran juga memberikan panduan kepada manusia agar mampu berfikir dengan sebaiknya.

Dalam menelusuri ayat-ayat al-Quran, tidak dinafikan berulang kali ia menghimbau manusia agar mendengar, melihat, memerhati, merenung, memikir, mengkaji, menilai, mengambil iktibar dan membuat kesimpulan dengan sebaik-baiknya.

Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menggesa manusia agar berfikir, menggunakan akal, mengingat, mentadabbur, memahami, menjadi pakar, dan sebagainya. Apa yang disebutkan ini merupakan sebahagian daripada kata kunci bagi elemen-elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

Selain penggunaan istilah-istilah yang menjadi kata kunci bagi elemen-elemen pemikiran kritis, al-Quran juga menyerlahkan budaya mempunyai atau mendatangkan bukti, hujah atau dalil dalam penghujahan sesuatu isu, dengan saranan “ ُهَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ” (hÉtË burhÉnakum) yang bermaksud “Datangkanlah bukti kamu.”

Ayat-ayat yang berkaitan: 2: 111; 21: 24; 27: 64; dan 28: 75.

2: 111; 21: 24; 27: 64; dan 28: 75


وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَٰرَىٰ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

21: 24; 

أَمِ ٱتَّخَذُوا۟ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِىَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِى بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْحَقَّ فَهُم مُّعْرِضُونَ


27: 64; dan 

أَمَّن يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ أَءِلَٰهٌ مَّعَ الـلَّـهِ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

28: 75

Seterusnya, ayat-ayat al-Quran juga berfungsi untuk memberi peringatan, pengajaran dan teladan, sebagaimana yang akan diperjelaskan.

Berdasarkan mafhum ayat-ayat al-Quran, dapat disimpulkan bahawa idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran sebenarnya telah pun wujud bersama umat Islam akhir zaman sejak dari awal penurunan al-Quran lagi. 

Wahyu pertama pembuka tirai langit dunia yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah perintah membudayakan diri dengan ilmu pengetahuan, melalui aktiviti membaca, menulis(penggunaan qalam), belajar dan mengajar.

Manakala sikap serta kemahiran berfikir kritis pula sentiasa sinonim dengan mereka yang banyak membaca, menulis, berfikir, serta luas ilmu pengetahuannya.

Golongan berilmu biasanya terdiri daripada mereka yang mampu berfikir dengan baik dan menggunakan akal fikiran secara kritis sekurang-kurangnya pada tahap minimum. Jika tidak, masakan Allah SWT berfirman di dalam al-Quran bahawa orang yang paling takut kepada-Nya adalah daripada kalangan ulama, iaitu golongan manusia yang mahu menggunakan akal fikiran untuk mengenal Allah SWT, mengakui kebesaran serta takut kepada-Nya. 

Malah al-ÙabarÊ menyatakan bahawa perasaan takut yang sedemikian sudah memadai untuk dianggap sebagai mempunyai pengetahuan.

Bersandarkan penafsiran Hamka pula, golongan ulama yang dimaksudkan dalam ayat yang tersebut adalah mereka yang melihat, memerhati, menyelidik dan merenung berbagai-bagai tanda kekuasaan Allah SWT yang wujud pada alam ini, yang merangsang dan menimbulkan berbagai ilmu pengetahuan, pengalaman dan perasaan takut yang amat mendalam terhadap kekuasaan Yang Maha Besar itu. Apabila takut, maka terbitlah ketundukan diri dan jiwa, lalu segala perintah-Nya dilaksanakan dan segala larangan dijauhi.

Menurut MuÍammad al-GhazzÉlÊ, perubahan pemikiran dan sikap mental merupakan keperluan paling asas untuk mengubah sesuatu keadaan. Anjakan serta pembentukan sikap bermula dengan perubahan mental. Beliau berpendapat bahawa permasalahan umat Islam hari ini berpunca daripada kekacauan berfikir dan kecelaruan kebudayaan.

Beliau mentafsirkan firman Allah SWT yang berbunyi:




Perubahan dapat berlaku dengan adanya perubahan sikap mental. Untuk membentuk manusia muslim yang terbaik, perubahan perlu merangkumi beberapa aspek, seperti pemikiran, kejiwaan dan kebudayaan. Masalah keburukan akhlak yang melanda umat Islam merupakan akibat tidak berfungsinya akal dan sikap taklid sebagai asas berfikir. Beliau berpandangan golongan agamawan memerlukan tenaga dalaman (internal dynamics) untuk memperbaiki mental umat. Umat Islam akan menjadi umat berkualiti jika amar marËf nahÊ munkar sentiasa dihidupkan di dalam masyarakatnya.

Beliau juga mempersoal sama ada umat Islam menyedari bahawa sebahagian krisis kaedah (metodologi) itu berasal dari krisis pemikiran, melibatkan cara berfikir dan pemahaman kritis dalam memahami kaedah yang diisyaratkan al-Quran, sebagaimana disebut pada surah al-MÉ’idah (5) ayat 48 dan surah al-An‘Ém (6) ayat 153.

Firman-Nya: Al-MÉ’idah (5): 48



وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ الـلَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَآءَ الـلَّـهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَٰحِدَةً وَلَٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ إِلَى الـلَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Terjemahan: Dan Kami telah turunkan kepadamu kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahbenarkan kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (ahli Kitab) itu dengan apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama yang terang. Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (dengan agama yang satu sahaja), tetapi Dia hendak menguji kamu terhadap apa yang telah disampaikan kepada kamu. Maka berlumba- lumbalah kamu melakukan kebajikan (beriman dan beramal soleh). Hanya kepada Allah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.

Al-An‘Ém (6): 153



وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.

Al-Quran memang berada di dalam tangan umat Islam hari ini, sebagaimana keberadaannya di tangan para sahabat. Teks-teksnya masih tetap terpelihara dengan utuh. Namun, permasalahannya terletak pada cara atau bagaimana umat Islam memahami al-Quran dan berinteraksi dengannya. Imam Malik RA, tokoh permulaan abad kedua hijrah pernah menyebutkan, “Persoalan umat ini tidak akan baik kecuali jika mengikuti jejak langkah generasi pertama,” iaitu generasi para sahabat yang benar-benar menerapkan kaedah al-Quran dan al-Sunnah, dan bukan sekadar retorik sahaja.

Al-Quran mengandungi berbagai kemukjizatan sebagai sebahagian daripada keistimewaannya. Ayat-ayatnya bersifat tegas, bijaksana, objektif dan logikal. Oleh itu ia sentiasa dapat mengharungi dan melepasi segala zaman. Prinsip-prinsipnya yang tegas diperkuat dengan sunah yang mutawatir dan sahih. Al-Quran juga memberi keluasan bagi daya fikir manusia untuk memahami ajaran-ajarannya yang bersifat global. 

Begitulah kandungan al-Quran dalam menyempurnakan kaedah berfikir.

Secara asasnya, pemikiran atau apa yang difikirkan di dalam minda akan mempengaruhi keyakinan, pertuturan dan tingkah laku manusia.

Dengan kata lain, akal fikiran memandu dan membentuk akidah, percakapan, perbuatan dan akhlak. Oleh itu, pemikiran manusia perlu dipandu dan dibimbing agar dapat menghasilkan kepercayaan, buah tutur dan akhlak yang baik serta selari dengan saranan agama.

Contohnya berfikir tentang nikmat Allah akan menambah iman dan amalan seseorang.

Sebaliknya jika hanya berfikir tentang keenakan dan keinginan hawa nafsu syahwat, maka dia akan berpaling daripada agama dan rendah akhlak serta kelakuannya.

Antara gejala kepincangan dalam pemikiran Islam yang ketara dewasa ini ialah ciri-ciri yang tidak menyeluruh dalam pemikiran dan pengkajian. Sedangkan para pemikir Islam di zaman awal Islam melakukan analisis terhadap seluruh fakta-fakta wahyu dan fakta-fakta prestasi keilmuan yang dicapai manusia, kemudian menjadikannya sebagai skop kajian yang serentak.

Di zaman pembentukan Islam yang berlaku selama kurang lebih 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah, di mana Rasulullah SAW menjadi personaliti yang dominan, dua perkara berkaitan perkembangan pemikiran sudah pun dapat dicapai pada akhir zaman tersebut. 

Pertama, penghapusan semua bentuk pemikiran yang negatif, segala kepercayaan-kepercayaan khurafat dan amalan-amalan jahiliyah. 

Kedua, galakan atau mempromosikan bentuk pemikiran yang positif, logikal dan sensibel. 

Oleh itu, ia menyelamatkan minda manusia daripada kezaliman pemikiran jahiliyah dan sebaliknya, menggunakannya dalam bentuk yang paling wajar dan sebaiknya, sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Islam mengajar umatnya tentang nilai dan fungsi akal dengan sebaiknya, dengan saranan agar berfikir secara sedar (tidak mabuk atau di bawah pengaruh dadah atau yang seumpamanya), berhati-hati, logik dan kritis. Islam tidak mengajar umatnya untuk menerima segala anjuran dan ajarannya secara membuta tuli. 

Kepercayaan dan keimanan perlu disokong dengan dalil dan keterangan yang sah dan logik hasil daripada perenungan secara sedar.

Mereka yang enggan mengikuti saranan ini dikutuk oleh al-Quran sebagai keras hati, buta, pekak, bodoh dan sesat seumpama binatang ternak.

Di dunia sebelah barat pula, kumpulan yang mengkritik corak pemikiran kritis dalam bidang pendidikan mengatakan bahawa acuan pemikiran kritis barat masih lagi kurang kritis kerana hanya berdasarkan kerangka dan nilai-nilai lelaki barat Eropah yang berkulit putih dan berambut perang. 

Mereka menyatakan kemahuan serta kecenderungan agar konsep pemikiran kritis di benua Amerika Utara khususnya, dilebarkan sayapnya menjadi critical critical thinking (pemikiran kritis yang benar-benar kritis) atau complex critical thinking (pemikiran kritis kompleks).

Mereka inginkan suatu konsep pemikiran kritis yang benar-benar menyeluruh, terbuka dan universal atau sejagat. Ia tidak dibatasi oleh warna kulit, bangsa, bahasa, budaya, puak, jantina, kedudukan, harta, pangkat dan sebagainya.

Kita tidak merumuskan sebarang definisi bagi konsep pemikiran kritis yang diinginkan ini kerana merasakan ia hanya akan menyempitkan konsep baru pemikiran kritis kompleks yang disarankan itu. 

Sebaliknya hanya prinsip-prinsip asas sahaja yang diperjelaskan dengan berpanjang kalam.

Kita akan melihat di sinilah perlunya konsep pemikiran kritis menurut pespektif Islam yang sumber utamanya adalah al-Quran, perlu diperkenal dan diuar-uarkan.

Gagasan pemikiran kritis menurut al-Quran mampu mengisi lompang kekosongan ini dan juga sebagai penyelesai masalah kehidupan kerana ia berdasarkan prinsip tauhid yang mengesakan Tuhan Yang Hak, iaitu Tuhan semesta alam. Akidah Islam yang mentauhid atau mengesakan Allah SWT, pada hakikatnya memang melepasi dan merentasi tembok pemisah sempadan negara, bangsa, puak, warna kulit, jantina, status sosial, pangkat, harta dan yang sebangsa dengannya. Idea ini juga yang diketengahkan oleh gagasan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

Selain itu, pandangan umum di kalangan ilmuwan barat atau timur kebiasaannya menganggap konsep pemikiran kritis barat bermula sebagai pemikiran logik atau mantik yang diasaskan oleh tiga tokoh falsafah Yunani, iaitu Socrates, Plato dan Aristotle.

Sebahagian golongan orientalis seperti Arberry juga mempunyai pendapat bahawa pemikiran logik dan rasionaliti yang wujud dalam Islam merupakan bahan pinjaman daripada budaya ilmu barat yang dipelopori tamadun Yunani-Greek.

Walhal al-Quran, sebagai wahyu daripada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan sekalian alam termasuk seluruh umat manusia, membuktikan sebaliknya. 

Idea pemikiran kritis yang terdapat di dalam al-Quran sudah sedia wujud sejak dari awal penurunan al-Quran lagi. Ia tidak dipinjam, diambil atau diceduk daripada tokoh falsafah Yunani, tamadun Yunani-Greek atau Greco-Roman.

Kitab al-Quran menggesa manusia agar mendengar, melihat, memerhati, mengkaji dan merenung. Ia juga memerintahkan manusia agar berfikir, mengingat, menggunakan akal, mentadabbur, memahami dan mendalami ilmu. 

Al-Quran juga mengajar manusia agar mementingkan bukti, keterangan dan dalil sebagai sokongan penghujahan dalam apa jua isu. Selain itu, saranan agar manusia mengambil pelajaran, pengajaran dan peringatan juga mendominasi isi kandungan al-Quran.

Kita bakal membuktikan bahawa al-Quran sebenarnya sudah mengajar umat manusia akhir zaman agar berfikir secara kritis. Banyak elemen pemikiran kritis yang terdapat di dalam al-Quran. Ia perlu dikaji, digarap dan diketengahkan agar umat Islam dan manusia seluruhnya mendapat manfaat. 

Sekaligus hakikat ini menafikan kebenaran pendapat orientalis atau mereka yang berpandangan bahawa Islam atau umat Islam menceduknya daripada barat. Namun tidak dinafikan, apa jua yang baik dan bermanfaat daripada barat, harus bagi umat Islam untuk mengambil dan menggunakannya, sesuai dengan maksud hadis, di mana Rasulullah SAW bersabda:



Kalimat hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana sahaja ia didapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.

Pada tahap yang lain, pelbagai masalah dan kekusutan yang melanda umat Islam, mampu dikurang dan diperbaiki, walaupun mungkin tidak dapat dibanteras seratus peratus, sekiranya umat Islam mengambil langkah bijak mempelajari kaedah pemikiran kritis agar mereka dapat berfikir dengan lebih baik dan terarah, serta mampu mengurang dan menyelesaikan masalah kehidupan.

Secara asasnya, segala permasalahan yang wujud dapat dikurang, malah diselesaikan, jika umat Islam mengambil al-Quran sebagai kitab petunjuk dan panduan yang membimbing pemikiran manusia secara umum. 

Oleh itu, sudah tiba masanya gagasan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran didedahkan kepada seluruh umat manusia bermula dengan kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah peringkat rendah, menengah, pengajian tinggi dan juga kepada masyarakat umum. 

Ilmu pengetahuan berkaitan elemen-elemen pemikiran kritis berdasarkan prinsip-prinsip tauhid perlu diketahui dan diaplikasi dalam kehidupan seharian umat Islam kerana ia dapat membantu meluruskan pemikiran dan menyediakan kaedah pemikiran yang betul serta metode penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan.

Terdapat empat elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran yang diketengahkan.

Pertama ialah elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Ia melibatkan suatu sintesis kegiatan pendengaran, penglihatan dan perenungan. 

Kedua pula adalah elemen utama pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Ia membabitkan proses atau aktiviti berfikir secara serius, mendalam dan terfokus. 

Elemen ketiga dan elemen keempat terdiri daripada elemen pemikiran kritis aras tinggi menurut perspektif al-Quran. 

Elemen ketiga atau elemen pemikiran kritis aras tinggi pertama menyerlahkan kepentingan bukti, keterangan atau dalil sebagai sokongan penghujahan dalam apa jua isu atau perkara. 

Manakala elemen keempat dan terakhir ialah elemen pemikiran kritis aras tinggi kedua. Elemen keempat memfokuskan kepada kesediaan mengambil pelajaran, pengiktibaran dan peringatan.

Suatu analisis akan dilakukan terhadap keempat-empat elemen pemikiran kritistersebut, sebagaimana yang terkandung di dalam surah al-RËm (30). 

Sebelum itu, diperkenalkan terlebih dahulu surah al-RËm dan semua aspek penting mengenainya.

Analisis surah ini dilakukan berdasarkan istilah, elemen, tema dan paparan metodologi pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Surah al-RËm dipilih kerana ia memperlihatkan banyak aspek yang relevan dengan idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran, terutamanya daripada aspek istilah, elemen, tema serta metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis, yang dinyatakan sama ada secara eksplisit atau implisit. 

Apakah wujud elemen-elemen pemikiran kritis di dalam al-Quran? Jika ada, apakah elemen-elemen tersebut?

Apakah peringkat elemen-elemen pemikiran kritis tersebut? Apakah ia daripada elemen asas, utama dan aras tinggi?

Apakah ada sebarang perkaitan di antara perkataan al-RËatau Rom atau surah al-RËm dengan konsep pemikiran kritis menurut pandangan barat dan dari perspektif al-Quran? Jika ada, apakah faktor-faktor tersebut?

Bagaimanakah elemen-elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran diolah di dalam surah al-RËm? Apakah asas-asas olahannya?

Fokus kita terhadap Elemen Pemikiran Kritis menurut Perspektif al-Quran: Kajian Surah al-RËini ialah:

enentukan elemen-elemen asas dan utama pemikiran kritis, berdasarkan istilah-istilah al-Quran.

Menyelidik elemen-elemen pemikiran kritis aras tinggi, berdasarkan istilah-istilah al-Quran.

Mengkaji latar belakang surah al-RËm dan perkaitan antara istilah al-RËatau Rom dengan konsep pemikiran kritis barat. Perkaitan antara surah al-RËdengan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran juga akan diteliti.

Menganalisis penggunaan istilah, elemen, tema dan metode paparan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran, sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-RËm.

Kita akan dapat manfaat berdasarkan beberapa kepentingan berikut:

Hasil yang memaparkan elemen-elemen pemikiran kritis, sebagaimana ditunjukkan dalam al-Quran, dapat menambah dan meluaskan lagi khazanah keilmuan mengenai istilah-istilah al-Quran yang melambangkan konsep pemikiran kritis Islam. Ia secara khusus meluaskan lagi bidang kajian pemikiran kritis Islam dan bidang kajian al-Quran secara umum. Ia diharap dapat memberi manfaat buat umat manusia amnya dan umat Islam khasnya, sama ada di peringkat lokal mahupun global.

Pengetahuan berkenaan elemen-elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran dapat membantu manusia muslim agar menjadi insan pemikir yang lebih baik, teliti, prihatin serta kritis kerana mendapat bimbingan secara terus dari al-Quran al-KarÊm. Kemungkinan ini dapat berlaku dengan lebih berkesan jika seseorang secara sedar mengetahui, mengenali dan mengambil pelajaran dan pengajaran daripada anjuran al-Quran secara jujur. Pengetahuan dan penghayatan terhadap elemen-elemen pemikiran kritis juga mampu melahirkan individu muslim yang mempunyai pemikiran dan sikap lebih terbuka, dalam erti kata yang positif, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat atau pandangan.

Kesedaran terhadap kebaikan dan kelebihan pemikiran dan bersikap kritis berlandaskan al-Quran diharap mampu menjadikan manusia muslim lebih mengenali Tuhan, menghargai agama dan mengamalkan segala perintah serta menjauhi segala larangan-Nya dalam kehidupan seharian kerana dapat mengenalpasti antara yang hak dan yang batil, yang baik dan buruk, halal dan haram, pahala dan dosa, yang utama, kurang penting dan tidak perlu, dan sebagainya. Apabila lebih ramai manusia berfikir secara kritis berdasarkan keimanan kepada Allah SWT dalam kehidupan seharian, ia diharapkan dapat mengurang serta membendung berleluasanya pelbagai masalah pemikiran, akidah, ibadah, akhlak dan penyakit-penyakit sosial yang melanda masyarakat manusia hari ini.

Hasil mengenai elemen-elemen pemikiran kritis menurut al-Quran meluaskan lagi sempadan kajian ilmiah dalam bidang pemikiran Islam umumnya dan pemikiran kritis Islam khasnya. Jika wujud kajian yang lebih lengkap dan menyeluruh mengenainya, kurikulum khusus bagi Kursus Pemikiran Kritis Islam dapat dirangka dan digubal serta dilaksanakan di institusi-institusi akademik, bermula dengan peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Ilmu pengetahuan berkaitan pemikiran kritis Islam dapat diajar dan diuar-uarkan kepada para pelajar dan juga masyarakat.

Huraian ayat-ayat al-Quran dari sudut pandang pemikiran kritis Islam dapat melebar-luaskan lagi khazanah ilmu pengetahuan dalam bidang ilmu tafsir al-Quran dengan tafsiran-tafsiran yang lebih moden, saintifik dan terkini, tanpa melanggar batasan dan had yang ditentukan sendiri oleh al-Quran. 

Selain itu, ia juga dapat menambah-luaskan lagi bidang-bidang ilmu baru, seperti ilmu pemikiran moden, pemikiran Islam, pemikiran kritis Islam, kognitif psikologi, meta kognitif, dan lain-lain, yang semuanya diharap dapat digarap daripada al-Quran.

Kita akan secara khusus hanya membincangkan empat sahaja elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. 

Elemen asas pemikiran kritis menyentuh keperluan suatu sintesis aktiviti pendengaran, penglihatan dan perenungan. 

Elemen utama pemikiran kritis al-Quran menyerlahkan proses atau kegiatan berfikir secara serius, terfokus dan mendalam. 

Elemen ketiga dan keempat terdiri daripada elemen pemikiran kritis aras tinggi. 

Elemen ketiga atau elemen pemikiran kritis aras tinggi pertama menonjolkan kepentingan mempunyai atau mendatangkan bukti, keterangan atau dalil sebagai sokongan penghujahan dalam apa jua perkara. 

Dan elemen keempat dan terakhir atau elemen pemikiran kritis aras tinggi kedua ialah kesediaan mengambil pelajaran, pengiktibaran dan peringatan. 

Kita akan memfokuskan berdasarkan istilah-istilah al-Quran yang tertentu, yang mempunyai perkaitan dan medan semantik yang hampir sama serta relevan dengan maksud bagi setiap elemen yang disebutkan itu.

Kita juga hanya memfokuskan kepada kajian surah al-RËm sahaja serta melihat perkaitan di antara kalimah al-RËatau Rom dengan konsep pemikiran kritis dari perspektif barat. Faktor kaitan antara keduanya dapat dilihat dari aspek bahasa, lokasi, pengasas konsep pemikiran kritis moden atau barat, pemerintah kerajaan Byzantine atau Rom Timur ketika itu dan aspek sejarah.

KITS juga melihat hubungan di antara surah al-RËm dengan gagasan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Diteliti istilah-istilah dan elemen-elemen pemikiran kritis yang wujud di dalam surah ini yang menyebabkan ia sesuai untuk dikaji bagi topik dan bidang ini.

Huraian difokuskan hanya kepada sebahagian daripada ayat-ayat di dalam surah al-RËm sahaja. Perbincangan tersebut dilakukan berdasarkan istilah, elemen, tema dan metode paparan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

kita amat-amat menghargai saranan agar memasukkan unsur-unsur mantik atau logik di dalam penulisan ini. Namun kita merasakan ia boleh dijadikan sebagai satu topik, tema atau tajuk baru bagi satu penerusan penulisan yang lain. Kerana itu kita mula sekadar menyentuhnya secara sepintas lalu atau ringan dalam penghuraian sebahagian ayat-ayat di dalam surah al-RËm. Penulisan ini juga sudah terlalu panjang.

Fokus ialah Elemen Pemikiran Kritis Menurut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Al-RËm. 

Berikut huraian lebih lanjut mengenai istilah-istilah penting yang terdapat di dalam  penulisan ini.

Kata elemen berasal daripada bahasa Eropah. 

Ia bermaksud 

1) anasir, 
2) sesuatu yang menjadi bahagian atau ciri dalam sesuatu keseluruhan atau sesuatu yang lengkap, dan sebagainya, 
3) unsur, dan 
4) alat untuk menimbulkan tenaga elektrik dengan cara kimia (bahasa Indonesia).

Makna 1, 2 dan 3 adalah sesuai untuk maksud bagi penulisan ini. Namun yang paling tepat,  adalah maksud nombor 2, iaitu elemen sebagai sesuatu yang menjadi bahagian atau ciri dalam sesuatu keseluruhan.

Frasa pemikiran kritis merupakan gabungan dua perkataan iaitu pemikiran dan kritis. 

Istilah pemikiran berasal dari kata dasar fikir yang memberi maksud ingatan, angan-angan, renung, akal; daya atau keupayaan (untuk) berfikir; dan anggapan, pendapat, sangka, kira.

Manakala salah satu kata terbitannya, iaitu pemikiran bermakna perihal berfikir (memikir). 

Pemikiran secara umum boleh difahami sebagai apa sahaja yang berlaku dalam minda. Atau pengertian pemikiran yang lebih khusus ialah sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Kalimah kritis berasal dari bahasa Indonesia-Belanda dan bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbang buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), atau kritikal.”

Oleh itu, gabungan kosa kata pemikiran kritis secara ringkasnya membawa pengertian cara atau bentuk berfikir yang tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu, dengan erti kata melakukan penilaian dan pertimbangan tentang buruk baiknya terlebih dahulu.

Makna yang sesuai bagi perkataan menurut dalam konteks  penulisan ini ialah sesuai dengan, tidak bertentangan dengan, tidak melanggar (syarat dan lain-lain), atau selaras dengan sesuatu.

Kata perspektif berasal daripada bahasa Eropah. Erti yang sesuai untuk tajuk ini ialah pandangan (pentafsiran) yang wajar berkenaan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya.

Istilah al-Quran bermaksud kitab suci bagi umat Islam yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam, iaitu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk kehidupan dunia dan akhirat).

Seterusnya kalimah kajian. Ia membawa pengertian kegiatan (usaha, proses) mengkaji, iaitu menyelidik dan meneliti dengan mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dan lain-lain).

Perkataan surah berasal dari bahasa Arab. Ia bermaksud bab-bab dari kitab al-Quran.

Berikut keterangan tentang surah al-RËm. Ia terdiri daripada enam puluh (60) ayat, termasuk dalam kategori surah Makkiyyah, yang di dalamnya terdapat juga ayat Madaniyyah serta diturunkan selepas surah al-InsyiqÉq.

Al-RËmerupakan surah ketiga puluh (30), berada di dalam juzuk kedua puluh satu (21) di dalam musyaf al-Quran edisi rasm Uthmani. Surah ini dimulakan dengan huruf-huruf muqaÏÏa‘ah iaitu ٌُاdan diakhiri dengan suatu pesanan. Surah ini juga tergolong dalam kategori tuwal al-mufaÎÎÉl.

Rumusan pengertian fokus penulisan ini ialah unsur atau anasir yang menjadi sebahagian dari perihal cara berfikir yang tidak mudah menerima sesuatu, malah menilai dan menimbang terlebih dahulu, selaras dengan pandangan kitab suci umat Islam, iaitu al-Quran, dengan usaha meneliti secara mendalam terhadap salah satu babnya, iaitu surah al-RËm, surah yang ketiga puluh.

Sorotan kajian literatur ini dapat diklasifikasikan kepada empat kategori utama, iaitu karya pemikiran kritis menurut penulis barat, karya pemikiran kritis oleh penulis nusantara, karya pemikiran kritis oleh penulis muslim antarabangsa, dan kajian-kajian tempatan mengenai pemikiran kritis, yang terdiri daripada kajian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), penyelidikan yang mengkaji kemahiran berfikir kritis (KBK) sahaja, kajian yang meneliti berbagai aspek dan elemen dalam KBK, dan juga kajian KBK dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam. .

KARYA PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PENULIS BARAT

Karya-karya pengarang barat yang menulis mengenai pemikiran kritis memang sudah terlalu banyak. Dalam tempoh masa sepuluh tahun yang akhir ini, antara penulis-penulis kontemporari barat yang menulis asas-asas, panduan atau pengenalan kepada konsep pemikiran kritis termasuklah Alec Fisher,37 Richard Epstein,38 Gregory Bassham,39 Mac Neil Browne,40 Vincent Ryan Ruggiero,41 Tim Walter,42 Burton Porter,43 Tracy Bowell,44 Bruce Reichenbach,45 Brooke Moore,46 Royce Jones,47 dan lain-lain.

Manakala mereka yang menulis berkaitan konsep pemikiran kritis dan penulisan
ialah Mike Wallace.48 Sherri Jackson49 menggarap metode-metode penyelidikan dan
statistik dengan gagasan pemikiran kritis. Lewis Vaughn50 pula memfokus kepada
kekuatan pemikiran kritis dalam memberikan penghujahan yang berkesan dalam
pendakwaan; Jay Verlinden51 mencatat mengenai pemikiran kritis dan penghujahan
seharian; Richard Paul dan Linda Elder52 pula tentang teori pemikiran kritis sebagai alat
yang membentuk kehidupan peribadi dan profesional; Merrilee Salmon53 menulis
tentang pengenalan kepada logik dan pemikiran kritis; J. B. Cederblom54 mencoret
tentang pemikiran kritis dalam memahami dan mengkritik hujah dan teori; dan Gary
Jason55 pula mengarang mengenai pemikiran kritis dalam membentuk pandangan alam
yang berkesan. Apa yang disebutkan ini hanya sebahagian dari senarai karya-karya
berkaitan pemikiran kritis di barat yang sebenarnya amat panjang.
Namun begitu, pengkaji ingin menarik perhatian terhadap sebuah buku dari
Amerika Syarikat yang diberi judul Critical Thinking and Learning: An Encyclopedia
for Parents and Teachers, yang disunting oleh ensiklopedia ini menginginkan suatu konsep pemikiran kritis yang dilebarkan sayapnya
menjadi critical critical thinking (pemikiran kritis yang benar-benar kritis) atau complex
critical thinking (pemikiran kritis kompleks). Ia merupakan suatu konsep pemikiran
kritis yang lebih menyeluruh, terbuka dan bersifat universal. Ia amat sesuai dengan tajuk
pendahuluannya “Into the Great Wide Open: Introducing Critical Thinking.” Penyusun
karya ini tidak merumuskan suatu definisi yang spesifik kerana menurut pandangan
mereka, ia hanya akan menyempitkan konsep baru pemikiran kritis kompleks atau
pemikiran kritis kritis yang disarankan itu.
Pemikiran kritis kompleks melibatkan banyak perspektif yang berbeza, disiplin
ilmu yang pelbagai, dan kaedah-kaedah atau metodologi yang merentasi disiplin
pengajian budaya.57 Pemikir kritis kompleks menggunakan metode yang berbeza dan
pelbagai untuk melihat dan mencari pemaknaan baru dalam kehidupan, dengan menilai
hubungan timbal balik antara teks, idea, benda, situasi sosial, dan proses-proses
pendidikan yang selama ini diabaikan. Oleh yang demikian, mereka dapat memahami
hubungan antara nilai dan interpretasi berbeza tentang dunia, kedudukan seseorang di
mata dunia atau posisinya dalam realiti kehidupan (yang ditentukan oleh bangsa, kelas,
jantina, agama, budaya dan sebagainya) akan mempengaruhi persepsi tentang diri
sendiri dan dunia ini.58
Sebagai makhluk sosial, manusia sepatutnya memahami kepelbagaian
pandangan politik, kepercayaan berbagai agama, peranan jantina yang berbeza, sifat-
sifat konsep kaum dan bangsa, atau pandangan tentang matlamat pendidikan 
semuanya dipengaruhi oleh budaya bangsa yang berkuasa dan dominan serta sub-
budaya lainnya.59 Mereka juga menyarankan penerokaan domain-domain baru yang
dapat mengubah beberapa aspek peradaban manusia yang menyebabkan ketidakadilan,
20
diskriminasi, prejudis, kezaliman, penindasan, kesakitan, dan penderitaan.60 Oleh itu
perubahan peribadi dan sosial amatlah penting.
Secara asasnya, buku ini mengajak pembaca mengenali konsep pemikiran kritis
yang diberi nafas baru atau dikonseptualisasi semula (re-conceptualization), dengan
membawa idea pemikiran kritis kompleks yang lebih universal, pelbagai dan prihatin
terhadap sub-sub budaya yang wujud. Buku ini menyarankan konsep pemikiran kritis
kompleks yang berdasarkan kepada suatu world view atau sudut pandangan dunia yang
lebih luas sifatnya, yang mengambil kira faktor-faktor global, kepelbagaian, dan
melepasi sempadan geografi, gender, warna kulit, bangsa, budaya, bahasa dan yang
seumpamanya. Ensiklopedia ini memuatkan 84 entri artikel yang menyarankan
bagaimana mengaplikasikan idea pemikiran kritis kompleks dalam semua cabang
bidang pendidikan, contohnya pendidikan seni, bahasa, budaya, sains, teknologi,
kemanusiaan, dan sebagainya.
Pengkaji merasakan di sinilah sekurang-kurangnya titik permulaan kepada
keperluan mengenali dan mengetahui teori pemikiran kritis menurut Islam yang
berdasarkan al-Quran. Gagasan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran memang
bersifat universal, menyeluruh serta lengkap kerana ia berpaksikan kepada keimanan
kepada Allah SWT atau apa yang dikenali sebagai paradigma tauhid. Konsep akidah
Islam atau mentauhidkan Allah SWT sememangnya merentasi batasan negara, bangsa,
budaya, bahasa, warna kulit atau rambut, jantina, kedudukan, pangkat, atau apa saja
batasan. Oleh itu, konsep pemikiran kritis menurut perspektif Islam yang bersumberkan
al-Quran merupakan jalan penyelesaian kepada kehendak pemikiran kritis kompleks
yang diinginkan di Barat, juga memang diperlukan oleh setiap manusia dan umat Islam
khususnya.
1.7.2 KARYA PEMIKIRAN KRITIS OLEH PENULIS NUSANTARA
21
Sorotan literatur mengenai konsep pemikiran kritis di Nusantara, ada yang bersifat
Islamik dan selebihnya mengutarakan kefahaman pemikiran kritis yang umum. Pada
peringkat awal, kebanyakan karya ditulis dalam ruang lingkup yang berkaitan dengan
akal kerana pemikiran kritis merupakan sebahagian daripada fungsi minda atau kerja
akal. Berikut sebahagian penulisan yang dihasilkan karyawan Nusantara berhubungkait
dengan idea pemikiran kritis, sama ada yang bercorak Islamik atau bentuk pemikiran
kritis barat.
Syed Sheikh bin Ahmad al-Hadi61 yang menulis buku Ugama Islam dan Akal,
menyatakan bahawa Islam adalah agama yang benar dan kekal, sentiasa selari dan tidak
bercanggah dengan pemikiran orang-orang yang berakal apabila mereka menyelidik
serta memeriksa dengan halusnya segala kehendak dan tujuan setiap perintah dan
larangan agama. Oleh itu, Islam memberi penghormatan amat tinggi terhadap akal serta
menanggungkan ke atasnya bebanan taklif untuk mengetahui kewujudan Allah SWT,
ketauhidan-Nya serta kudrat dan kekuasaan-Nya seperti yang tergambar pada semua
kejadian alam yang luas ini. Ini antara kelebihan dan kegunaan akal yang dibincangkan
buku ini.
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, buku ini membahas fungsi-fungsi akal agar
memerhati segala kejadian alam dan berfikir tentangnya, memikir tentang sunah dan
peraturan Allah SWT yang tidak pernah berubah, menyiasat asal usul segala sesuatu,
hubungan sebab akibat sesuatu kejadian, mendengar dan menilai dengan baik segala
yang didengar, dan mempelajari segala ilmu berkaitan alam ini, termasuk tubuh badan
manusia, kejiwaan, masyarakat, perubatan, falak dan lain-lain. Al-Quran juga mencerca
manusia yang tidak menggunakan akal dan tidak mahu membebaskan minda daripada
belenggu warisan nenek moyang atau taklid kepada pemimpin yang menyesatkan.
Secara asasnya, walaupun tiada rujukan secara langsung kepada istilah pemikiran kritis
22
di dalam karya ini tetapi bahasannya mencakupi sebahagian daripada elemen-elemen
penting pemikiran kritis yang dikenali hari ini.
Karya Harun Nasution62 bertajuk Kedudukan Akal dalam Islam, mengupas
beberapa persoalan, seperti kedudukan akal dan wahyu dalam Islam, kedudukan akal
dalam sejarah Islam, akal dan wahyu dalam pemikiran Islam, dan kedudukan akal dalam
al-Quran dan Hadis. Penggunaan akal untuk mengembangkan ilmu pengetahuan
sebenarnya didorong oleh al-Quran sendiri, berdasarkan ayat-ayat kawniyyah, yang
mengandungi perintah agar manusia meneliti alam sekitarnya. Banyak ayat al-Quran
yang mendorong manusia agar mengunakan akal serta banyak berfikir. Pengarangnya
menyertakan beberapa istilah yang mempunyai erti pemikiran, seperti dabbara, faqiha,
nazara, tafakkara, dan „aqala. Namun begitu, hitungan bilangan penggunaan kata-kata
ini dalam al-Quran agak kurang tepat.63 Sebutan yang menggambarkan sifat pemikiran
seorang muslim ialah ‟ulu al-albÉdan ‟ulu al-„ilm. Walau apa pun, catatan ringkas ini
menjadi landasan asas bagi kajian pengkaji untuk menyemak dan menyelidik lebih
lanjut tentang kajian semantik istilah-istilah yang berkaitan pemikiran kritis.
Senu Abdul Rahman dan lain-lain,64 yang menulis Revolusi Mental, memuatkan
di dalamnya satu bab mengenai “Fikiran Keritis”65 dalam bahagian “Mengubah Sikap.”
Fikiran kritis, disebut juga dalam tulisan ini sebagai fikiran logik, rasional atau fikiran
jelas, merupakan satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Sesuatu masalah dapat
diselesaikan dengan mengenal dan memahami masalah tersebut dengan jelas, memikir
seberapa banyak jalan atau alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut, menilai
dan memilih alternatif paling sesuai, merancang pelaksanaan alternatif tersebut,
melaksanakannya, dan menilai semula sama ada ianya berhasil dan memberi kesan baik.
23
Pemikiran kritis juga bermakna melihat dari semua segi atau aspek dalam mencari
kebenaran. Ia menggalakkan seseorang mencari bukti, memilih, menilai, menimbang,
dan menetapkan mana yang benar atau salah. Orang yang berfikiran kritis juga mudah
dan cepat memahami implikasi sesuatu perkara dan dapat membuat jangkaan-jangkaan
baru.66
Buku Pemikiran Kritis hasil nukilan Mohd Michael Abdullah, menjelaskan
bahawa pemikiran kritis tidak sekadar membincangkan soal nilai (baik atau buruk)
tetapi juga soal fakta (benar atau salah), soal bahasa (jelas atau kurang jelas), dan
terutama sekali soal susunan hujah (sah atau tidak sah).67 Aspek utama dalam bidang
pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu kaedah memberi alasan untuk menyokong atau
menentang sesuatu pendapat. Kadangkala bidang ini juga dinamakan sebagai
penganalisisan penghujahan.68 Sinonimnya pemikiran kritis dengan logik sehingga ia
sering kali dinamakan logik informal atau logik terapan.69 Buku ini juga membahaskan
pernyataan dan penggunaan bahasa, teori himpunan, pemikiran dengan himpunan,
struktur hujah, kebenaran dan kesahihan, deduksi dan induksi, analogi, hujah lemah, dan
penilaian hujah.
Ainon Mohd & Abdulah Hassan,70 pengarang karya Pemikiran secara Logik &
Kritis, di mana edisi buku ini diadaptasi daripada buku Pemikiran Logikal & Kritikal71
yang diterbitkan pada 1996. Karya edisi baru memuatkan 11 bab, termasuk mengenai
pemikiran, budaya dan pemikiran, persepsi, pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah,
keputusan, dan sebagainya. Bagi pengarang buku ini, orang yang mahir pemikiran
adalah mereka yang pandai melihat perkara yang sama dengan menggunakan sudut-
sudut pandangan yang berbeza; memiliki persepsi yang luas, mendalam dan pelbagai;
24
pandai mencipta konsep dan idea baru; bijak membuat ramalan; mencari maklumat
baru; mentafsir informasi lama dengan persepsi baru; bijak menentukan keutamaan; dan
memberi nilai pada maklumat.72
Tulisan Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli73 bertajuk Kemahiran
Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK), ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Baru,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi rujukan para guru dan juga orang awam
tentang kemahiran pemikiran. Penulisan ini memaparkan pengenalan kepada konsep
kemahiran pemikiran dan kepentingannya, strategi pengajaran dan pembelajaran
KBKK, pemikiran kritis peringkat rendah dan tinggi, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif dan alat-alat pemikiran.
Menurut pengarang buku ini, pemikiran kritis mempunyai dua tahap, iaitu
peringkat rendah dan tinggi. Pemikiran kritis peringkat rendah melibatkan kemahiran
membanding dan membeza, membuat kategori, membuat sekuens atau urutan, meneliti
bahagian kecil dan keseluruhan, serta menerangkan sebab. Manakala pemikiran kritis
peringkat tinggi pula membabitkan kemahiran membuat ramalan, mengusul periksa
andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi,
serta mencari sebab dan membuat kesimpulan. Buku ini memberikan contoh-contoh
spesifik bagi para guru untuk menerapkan pengajaran kemahiran-kemahiran pemikiran
dalam pengajaran mereka.74 Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati al-Quran juga
menggunapakai skil-skil dan elemen-elemen asas tersebut untuk menerapkan kemahiran
berfikir kritis kepada pembacanya.
Hasil karya Mohd Azhar Abdul Hamid,75 iaitu Pengenalan Pemikiran Kritis dan
Kreatif, merupakan rujukan yang baik dan menyeluruh untuk mengetahui konsep
25
pemikiran kritis dan pemikiran kreatif secara umum dan segala aspek penting berkaitan
dengannya. Dalam mendiskusikan “Falsafah Pemikiran,” pengarangnya menyentuh
beberapa isu berkenaan falsafah pemikiran menurut Islam, seperti fungsi akal terhadap
Allah SWT, manusia dan alam; hubungan akal, roh-kalbu, nafsi dan jasad; prinsip
pemikiran Islam; kursus pemikiran dan akidah Islam, logik zaman Islam, dan
sebagainya. Prinsip dan kaedah pemikiran Islam mestilah berkiblatkan al-Quran dan al-
Hadis yang berasaskan paradigma tauhid.76 Konsep dan fungsi pemikiran kritis
dipaparkan secara umum. Beberapa bab difokus kepada aspek merangka dan membina
soalan kritis, membina konsep, membina hujah, menganalisa sumber maklumat, dan
lain-lain lagi.
Buku tulisan Lok, Chong Hoe77 bertajuk Pemikiran Kritis dan Logik, walaupun
tajuknya kelihatan seperti relevan tetapi isi kandungannya tidak menepati seperti apa
yang pengkaji inginkan. Karangan ini memberi tumpuan kepada kemahiran dalam
bidang logik yang boleh digunakan untuk berhujah secara betul dan berkesan,
menganalisis bahan-bahan bacaan secara efektif, membina hujah dan alasan yang
kukuh, dan mencari falasi dalam hujah yang lemah.
Chua, Yan Piaw78 menghasilkan karya Creative and Critical Thinking Styles.
Buku ini membantu pembacanya mengenali gaya pemikiran mereka sendiri, sama ada
gaya pemikiran kreatif atau pemikiran kritis ataupun pemikiran seimbang, dengan
menjawab soalan-soalan ujian Yan Piaw Stail Kreatif-Kritis. Oleh itu, mereka dapat
mengenali kelebihan dan kelemahan cara mereka berfikir, di samping mengetahui
maklumat berkenaan KBKK. Pembaca dipaparkan dengan teori-teori, model, dan bukti
penyelidikan berkaitan dengannya. Selain itu, ia juga menolong pembaca memperbaiki

kemahiran berfikir dengan menghindarkan faktor-faktor halangan kepada pembentukan
KBKK dan mengamalkan strategi tertentu seperti yang disaran buku ini.
Danial Zainal Abidin, dalam bukunya Quran Saintifik79, menyebut al-Quran
sememangnya mahukan umat Islam memiliki “minda saintifik,” iaitu akal yang kuat
berfikir, kritikal, mampu menganalisis data dan fakta, serta mampu membuat andaian
dan kesimpulan berdasarkan apa yang dicerap. Minda saintifik juga menolak sebarang
laporan atau pandangan yang tidak disokong dengan dalil atau bukti.80
Buku Critical Thinking: An Islamic Perspective, ditulis oleh Muhammad
Mumtaz Ali.81 Penulis karya ini menegaskan keperluan kepada Islamic Revivalist
Framework of Critical Thinking (IRFCT) atau Pembaharuan Rangka Kerja Pemikiran
Kritis Islam sebagai alternatif untuk perkembangan ketamadunan yang komprehensif.
Tujuan IRFCT ialah untuk mengatasi ketiadaan konsistansi logik dalaman pada suatu
pernyataan, idea, polisi dan untuk menjadikannya benar dan logikal. Buku ini juga
membincangkan tentang konsep, perspektif dan methodologi IRFCT serta halangan-
halangannya. Namun ia tidak menyentuh tentang definisi konsep pemikiran kritis Islam
itu sendiri.
1.7.3 KARYA PEMIKIRAN KRITIS OLEH PENULIS MUSLIM
ANTARABANGSA
Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, pengkaji mendapati kebanyakan penulis
Muslim hanya menulis sebahagian daripada aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan
pemikiran kritis Islam. Antara karya tersebut adalah:

Jamal Badi & Mustapha Tajdin82 menulis tentang Creative Thinking: An Islamic
Perspective. Penulisan ini menunjukkan sekurang-kurangnya dua bab, iaitu bab pertama
dan kedua mempunyai relevansi kepada penulisan pengkaji. Bab pertama
membincangkan tentang tafakkur atau perenungan secara umum dari sudut pandangan
Islam. Pengarangnya memaparkan istilah-istilah yang sinonim dengan tafakkur yang
terdapat dalam al-Quran. Selain itu, faktor-faktor yang menghalang kegiatan berfikir
secara umum juga dibentangkan. Manakala bab kedua pula mendiskusikan stail atau
gaya-gaya berfikir menurut al-Quran.
Karya Harun Yahya83 iaitu Deep Thinking, memberi manfaat secara umum
mengenai bentuk pemikiran yang mendalam. Buku ini mengajak pembaca berfikir
secara serius dan mendalam serta memperbaiki kemahiran berfikir sebagaimana disaran
oleh Allah SWT melalui ayat-ayat al-Quran. Berfikir secara mendalam berdasarkan
metodologi al-Quran, mampu membebaskan manusia daripada faktor-faktor yang
membelenggu pemikiran seperti mengikuti pandangan majoriti, keculasan dan kebekuan
mental, kesibukan rutin seharian, mengelak tanggungjawab daripada proses berfikir,
tanggapan bahawa berfikir itu tidak baik, dan sebagainya.
Al-Quran juga memberi halatuju kepada objek pemikiran. Banyak perkara boleh
merangsang pemikiran seperti apabila bangun dari tidur, kelemahan dan kekurangan
diri, fenomena alam dan kepelbagaiannya, kesusahan dan kepayahan hidup yang dilalui,
alam serangga dan binatang, bencana alam yang berlaku dan sebagainya. Selain itu,
manusia juga perlu mengetahui, memikir dan mempraktikkan ayat-ayat al-Quran, yang
mengajak berfikir tentang kejadian diri manusia, fenomena alam, kehidupan dunia
sementara yang menjadi medan ujian, rahmat dan nikmat Tuhan, perkara-perkara
28
kebaikan dan keburukan, hari kiamat dan alam akhirat, hukuman dan azab Tuhan,
kematian dan mimpi, dan sebagainya.84
Cendekiawan Muslim terkenal, Dr YËsuf al-QaraÌÉwÊ85 menulis buku Al-Aql
wa al-Ilm fi al-Qur’Én al-KarÊm, yang mana dalam salah satu babnya telah
menyenaraikan beberapa ciri khas pembentukan “al-„aqliyyah al-„ilmiyyah” (akal atau
pemikiran ilmiah). “Akal ilmiah” seharusnya bersifat bebas dan objektif serta menolak
akal khurafat yang sesat, akal taklid yang jumud dan mengikut hawa nafsu. Paksi-paksi
penting dalam “akal ilmiah” menurut al-QaraÌÉwÊ ialah menolak keraguan dalam
perkara yang pasti, tidak mengikut hawa nafsu dan emosi dalam bidang ilmu
pengetahuan, menolak taklid buta terhadap warisan nenek moyang, tidak tunduk atau
ta‟sub kepada pemimpin-pemimpin atau pembesar-pembesar, menggunakan dimensi
akal atau pemikiran dalam perkara-perkara yang dibolehkan serta tidak mengikuti
sebarang seruan atau dakyah yang tidak disertai dalil atau bukti.86 Jika diamati, ternyata
prinsip “akal ilmiah” saranan Dr YËsuf al-QaraÌÉwÊ ini merupakan sebahagian daripada
halangan-halangan kepada konsep pemikiran kritis.
Dr „IwaÌ bin MuÍammad al-Qarni87 yang mengarang Kembangkan Potensi Diri
Anda Sepenuhnya: Kiat Meraih Sukses Sesuai Tuntunan Islam, menulis satu bab
mengenai “Fikiran dan Pemikiran.” Menurut penulisnya, pemikiran kritis (al-tafkir al-
naqdÊ) merupakan salah satu daripada dua belas cara pemikiran yang disenaraikan. Ini
termasuk pemikiran produktif (al-tafkir al-tawlidi), pemikiran rendah, pemikiran ragu-
ragu, pemikiran dangkal, pemikiran pura-pura dan sebagainya.88 Al-Qarni memberikan
suatu definisi pemikiran kritis yang, pada pandangan pengkaji, tersangat sempit
skopnya. Beliau hanya melihat dari satu sudut pandangan sahaja, iaitu “pemikiran yang

mampu melihat kekurangan, kesalahan dan kecacatan pada setiap pekerjaan atau amalan
yang dilakukan, walaupun dia sendiri tidak mampu mengemukakan alternatif lain
terhadap kritikannya.”89 Takrifan ini amat sinonim dengan konsep muhasabah diri, iaitu
menghisab diri dengan menumpukan perhatian kepada aspek kesilapan, keaiban dan
kelemahan yang ada pada sebarang amalan atau pekerjaan.
Sebagai pengarang, Al-Qarni mencadangkan suatu bentuk pemikiran yang
dinamakan sebagai pemikiran ideal yang diasaskan kepada jenis-jenis pemikiran yang
membangun dan positif. Pemikiran ideal merangkumi bentuk pemikiran produktif,
kritis, mencari sebab, menyeluruh, mendalam, parsial dan juga global.90 Mereka yang
memiliki pemikiran ideal mempunyai ciri-ciri pemikiran meluas, mendalam, jelas, tulus,
bersungguh-sungguh, dengan perasaan dan emosi yang lurus, tidak sekadar menuruti
pandangan orang lain, dan sebagainya.91
Metode pemikiran ideal dan sifat-sifatnya, seperti yang disaran oleh al-Qarni
menampakkan kepada pengkaji, suatu gagasan pemikiran kritis yang lebih luas dan
menyeluruh skopnya, seperti yang didefinisikan oleh kebanyakan ilmuwan Barat,
pemikir tempatan dan cendekiawan Muslim yang lain.
1.7.4 KAJIAN-KAJIAN TEMPATAN MENGENAI PEMIKIRAN KRITIS
Banyak kajian dalam bidang pendidikan yang menyelidik tentang pemikiran kritis dan
berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengannya, dijalankan di institusi pengajian tinggi.
Subjek atau tema kajian yang dilakukan, sama ada di barat atau di peringkat tempatan
juga hampir sama sahaja. Oleh itu, hanya kajian-kajian tempatan sahaja yang diambil
kira.

Secara asasnya, penyelidikan berkaitan pemikiran kritis yang dilaksanakan di
universiti tempatan92 boleh dibahagikan kepada empat kategori. Berikut adalah
perinciannya.
Berikut adalah sebahagian penyelidikan yang mengkaji kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK). Kajian-kajian tersebut adalah seperti berikut:
i) Dr. Omar Ibrahim et al (2002), Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Sains dan Matematik di Kalangan Murid-Murid Sekolah Rendah di Selangor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii) Rafiei Hj. Mustapha (1998), Kajian tentang Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Panitia Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii) Ding, Hong Eng (1999), Kefahaman tiga orang guru matematik tingkatan empat terhadap pendekatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran statistik. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
iv) Abdul Rahman Siraj (2004), Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif dalam Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam di Sekolah Menengah dalam Daerah Muar, Johor. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
v) Wan Yusof Wan Sulong (2000), Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif di kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Islam di SMK Puchong Perdana, Selangor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berikut sebahagian daripada kajian yang menyelidik kemahiran berfikir kritis
(KBK) dalam berbagai bidang. Antara penyelidikan tersebut adalah:
i) Freeman, Karen (2003), Factors Affecting Critical Thinking Skills of Journalism Students in a Private College in the Klang Valley. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
ii) Abdul Salim Abdul Karim (2003), An Evaluation of Critical Thinking Skills: A Case Study. Disertasi (M.E.S.L). Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
iii) Moore, Rashid Abdullah (1995), The Relationship between Critical Thinking, Global English Proficiency, Writing and Academic Development for sixty Malaysian Second Language Learners. Thesis (Ph.D). Indiana University, USA.

iv) Krishnaveni Krishnaratnam (1988), Effects of Cognitive Styles and Homework Assignments on the Acquisition and Transfer of Critical Thinking Skills in Physics. Disertasi (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
v) Foh Meng Choo (1999), Kebolehan Pemikiran Kritikal Pelajar Sains Tngkatan IV dan Pertaliannya dengan Pemerolehan Kemahiran Proses Sains. Disertasi (M.Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
vi) Siti Zamani Thamby (1998), Pengajaran Kemahiran berfikir secara Kritis di kalangan Guru Terlatih: Pembinaan Rancangan Pengajaran Kemahiran Berfikir secara Kritis (KBK) dalam Pengajaran Sains. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
vii) Rosli Yacob (1998), Kesan Pengajaran Kemahiran Berfikir Kritis terhadap Pencapaian Pelajar dalam Sejarah Tingkatan Dua. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
viii) Kalanity a/p Namasivayam (1999), Analisis Kandungan Kemahiran Berfikir Kritis dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Satu. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
ix) Khairi Ariffin (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dalam Pengajaran Sejarah: Perspektif Murid Tingkatan Empat di Teluk Intan. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
x) Pavallamphai Ramachandran (2007), Using web-based material to develop critical thinking skills in a form 4 ESL reading class. Disertasi (M. Ed.), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
xi) J. Dwijendra Menon (2009), Literary texts as a resource for critical thinking in the classroom. Disertasi (M.E.S.L.), Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Banyak kajian dilakukan yang menyelidik tentang berbagai-bagai elemen dalam
KBK. Antara elemen yang dikaji termasuk pemikiran reflektif, kaedah inkuiri-
penemuan, penyoalan, logik, induktif dan deduktif dan sebagainya. Sebahagian
penyelidikan yang mengkaji berbagai elemen berbeza dalam KBK termasuklah kajian:
i) Saemah Rahman (1998), Pemikiran Reflektif dan Pendidikan Guru: Satu Tinjauan ke atas Kajian-kajian Lepas tentang Pemikiran Reflektif dalam Latihan Perguruan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
ii) Nasir Mohamad (1998), Satu Kajian tentang Keberkesanan Kaedah Inkuiri- Penemuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
iii) Maimunah Md. Aji (1997), Penggunaan Penyoalan di dalam bilik darjah oleh guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
32
iv) Mardziyah Ismail (2000), Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Inkuiri di kalangan Guru Pendidikan Islam di Daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
v) Mohd. Talhah Hj. Mohd. Tahir (2001), Keberkesanan Pendekatan Kaedah Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Satu Kajian Eksperimen di sebuah Kolej Matrikulasi IPTS. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
vi) Siow, Choong Fui (1993), Achievement of Form Five Students in Selected Aspects of Logical Reasoning in Mathematics. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
vii) Wun, Thiam Yew (1999), Kefahaman Tiga Orang Guru tentang Penaakulan
Mantik. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
viii) Wong, Yin Heng (2004), The Critical Reading Ability of Malaysian Fifth Form Science Students. Disertasi (M. ESL), Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Kajian-kajian berikut merupakan penyelidikan yang dijalankan berkaitan
pemikiran kritis dalam bidang pendidikan dan pengajian Islam. Antara kajian tersebut
adalah:
i) Zaharah Hussin (1996), Analisis Kandungan Kemahiran Berfikir Kritis dalam buku teks pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
ii) Ismail bin Abas (2001), Kesan Kaedah Penyelesaian Masalah Pengajaran Akidah terhadap Peningkatan Kemahiran Pemikiran Kritis di kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis (Ph.D). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
iii) Che Pee @ Che Hanapi Saad (1983), Satu Kajian Perbandingan mengenai Tiga Kaedah Pengajaran Tauhid Di Maktab Perguruan Islam. Disertasi (M. Ed). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.93
iv) Radziah Abdul Samad (1996), Kesan Kaedah Perenungan-Pengamatan terhadap Pencapaian dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Dua. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
v) Rashidah Mohd Khairudin (2000), Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes. Disertasi (M. Ed.). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
vi) Siti Khairiah Parmin (2008), Pemikiran Kritis Islam: Analisis terhadap Pendekatan al-Muhaddithin dalam Penerimaan Hadis. Disertasi (M.
93 Tiga kaedah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah induktif, deduktif, dan induktif-deduktif.
33
Usuluddin), Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
vii) Norafifah Ab. Hamid (2010), Budaya Pemikiran Kritis: Kajian di Era Pemerintahan Khalifah „Umar bin „Abd al-„Aziz (99 – 101 H). Disertasi (M. Usuluddin), Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
viii) Alias Azhar (2008), Aplikasi Elemen Pemikiran Saintifik dalam Pengajian Syariah di Malaysia. Tesis (Ph.D), Jabatan Fiqh dan Usul, Bahagian Pengajian Syariah, Universiti Malaya.
ix) Mohd Nuri al-Amin bin Endut (2013), Islamic Critical Thinking: A study on the Perception of Muslim Engineering Students in Malaysian Higher Learning Institution. Tesis (Ph.D), Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.
Berdasarkan sorotan kajian literatur, berbagai kajian dan karya telah dihasilkan
berkaitan konsep pemikiran kritis, sama ada menurut perspektif barat atau Islam. Semua
kajian dan karya tersebut saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana
masing-masing menulis sebahagian kecil atau aspek-aspek berbeza daripada konsep
pemikiran kritis yang menyeluruh.
Namun agak mendukacitakan apabila penulisan yang mengkaji elemen-elemen
pemikiran kritis menurut perspektif Islam atau al-Quran masih terlalu sedikit. Malah
belum ada lagi hasil karya yang mengkaji secara mendalam dan menyeluruh mengenai
gagasan pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Konsepnya yang mantap dan
menyeluruh juga masih belum ada. Ia masih lagi berada dalam proses pembentukan.
Masih banyak lagi ruang dalam bidang pemikiran Islam dan pemikiran kritis
Islam yang berlandaskan al-Quran khususnya yang boleh diterokai. Pelbagai aspek
pemikiran Islam dan pemikiran kritis Islam yang boleh dikaji. Antaranya istilah-istilah,
elemen, tema, kemahiran, metodologi, ciri-ciri pemikir kritis Islam, dan sebagainya.
Sifat tokoh-tokoh hebat pemikir kritis Islam yang diceritakan di dalam al-Quran juga
boleh dikaji, seperti kisah Nabi IbrÉhÊm AS, Nabi YËsuf AS, Nabi SulaymÉn AS, Ratu
Saba’ dan lain-lain.
34
Sesuai dengan kedudukan al-Quran sebagai KalÉm Allah SWT, kitab paling
berautoriti dalam alam ini dan ruang kajian pemikiran kritis Islam yang masih terbuka
luas, pengkaji memilih untuk menyelidik elemen-elemen asas, utama dan aras tinggi
pemikiran kritis menurut al-Quran. Dapatan bahagian ini bakal menjawab objektif
kajian yang pertama dan kedua. Istilah-istilah al-Quran dikaji dan dipilih berdasarkan
semantik atau maksud yang bersesuaian dengan elemen tersebut.
Penelitian terhadap perkaitan antara kata al-RËm, Rom atau surah al-RËm (30)
dengan konsep pemikiran kritis juga dilakukan. Dapatan ini menjawab objektif kajian
ketiga. Penggunaan dan pengolahan istilah, elemen, tema dan metode paparan aspek-
aspek pemikiran kritis yang terdapat di dalam surah ini juga bakal dihuraikan. Segmen
ini pula menjadi jawapan kepada objektif keempat kajian.
1.8. METODE KAJIAN
Perkataan metode bermakna cara melakukan sesuatu atau sistem. Manakala terma
metodik merupakan ilmu mengenai cara atau metode (terutama dalam bidang
akademik). Dan metodis pula adalah menurut metode atau cara yang tertentu. Oleh itu,
metode ialah ilmu tentang cara atau bagaimana suatu sistem yang merangkumi kaedah-
kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau usaha.94
Kajian bermutu dapat dihasilkan dengan penggunaan bentuk penyelidikan yang
sesuai dan tepat. Penyelidikan yang baik mengandungi reka bentuk, metode dan
prosedur yang sesuai bagi kajian tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif. Ia
menggunakan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, ciri-ciri atau apa sahaja yang boleh
menjelaskan sesuatu fenomena.
Penyelidikan berbentuk kualitatif adalah jenis kajian yang menganalisis fakta-
fakta yang tidak memerlukan kepada usaha pengiraan atau untuk mendapatkan statistik,

sebagaimana yang diperlukan dalam analisis yang berbentuk kuantitatif.95 Bentuk
penyelidikan kualitatif ini lebih menumpukan kepada perbahasan terhadap isi
kandungan dan maksud data.96
Bentuk penyelidikan kualitatif ini menggunakan dua metode utama. Pertama,
metode pengumpulan data dan kedua, metode penganalisisan data. Seterusnya
dijelaskan dahulu mengenai metode pengumpulan data.
1.8.1. Metode Pengumpulan Data
Pengumpulan data ialah proses memperolehi maklumat, informasi, dan fakta secara
tepat, konkrit dan bernilai dari sudut objektiviti dan validasi.
1.8.1(a) Metode Kajian Perpustakaan
Kaedah penelitian dan pengkajian ini menggunakan metode penyelidikan perpustakaan.
Menerusi metode ini, data atau maklumat diperolehi daripada sumber-sumber berbentuk
dokumentasi yang berbagai, seperti buku, hasil kajian, tesis, disertasi, kertas
persidangan, majalah, jurnal, ensiklopedia, kamus dan laman sesawang. Oleh kerana
penyelidikan ini berbentuk kajian al-Quran, maka bahan, sumber dan rujukan utama
kajian ini adalah data, fakta dan informasi yang diperolehi secara langsung daripada
kitab suci al-Quran itu sendiri. Malah istilah dan ayat-ayat al-Quran menjadi bahan
kajian utama penulisan ini. Metode ini digunakan untuk mencapai kesemua objektif
kajian yang digariskan.
Memandangkan kajian al-Quran sangat luas dan dapat dilakukan dengan
berbagai corak, maka pendekatan yang dilakukan adalah dengan pendekatan pemikiran
Islam. Lebih khusus, subjek kajian adalah menyelidik bentuk pemikiran kritis Islam,
yang berdasarkan kepada al-Quran. Pengkaji cuba menggarap apa yang dipaparkan al-

Quran dan melakukan beberapa pengelasan atau klasifikasi elemen-elemen pemikiran
kritis menurut perspektif al-Quran.
1.8.1(b) Sumber Data
Seperti yang telah dinyatakan di atas, sumber utama atau primer pengambilan data
adalah daripada kitab suci al-Quran. Tidak dapat dinafikan bahawa al-Quran adalah
dokumen paling berautoriti di atas muka bumi ini. Kesahihan dan kebenarannya tiada
tolok bandingnya. Ia bersifat mutlak kerana datangnya daripada Tuhan Pencipta alam
ini. Semua data berupa fakta-fakta dari sumber paling autentik dan berautoriti di dalam
dunia, iaitu daripada kitab suci al-Quran, yang datangnya dari Tuhan Yang Memiliki
alam ini.
Untuk kefahaman yang lebih baik dan mendalam mengenai ayat-ayat al-Quran,
kitab-kitab tafsir muktabar digunakan sebagai rujukan sekunder. Buku-buku lain yang
berkaitan juga dirujuk.
Untuk kefahaman yang lebih mendalam mengenai konsep pemikiran kritis,
buku-buku tempatan dan daripada luar negara, kertas persidangan dan kajian-kajian lalu
digunakan sebagai rujukan. Buku-buku berkaitan pemikiran, kognitif dan yang
seumpamanya juga diteliti.
1.8.1(c) Metode Penentuan Kajian
Metode penentuan kajian yang digunakan berupa kajian al-Quran berbentuk mawÌË‘Ê,
suatu kajian al-Quran berdasarkan kepada tema atau topik. Tema kajian yang diselidik
ialah pemikiran kritis Islam menurut perspektif al-Quran. Istilah, elemen, tema,
kemahiran atau apa sahaja yang berkaitan dengan konsep pemikiran kritis diperhati dan
dikenalpasti daripada keseluruhan al-Quran.
Selain proses pengumpulan data, segala data yang diperolehi juga perlu
dianalisis untuk menghasilkan kajian yang bermutu.
37
1.8.2. Metode Penganalisisan Data
Segala maklumat dan informasi yang diperolehi daripada pelbagai sumber akan
dianalisis, olah dan sintesis untuk menghasilkan suatu produk penulisan yang baik.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode penganalisisan data yang berbentuk
induktif dan deduktif serta metode analisis isi kandungan. Dijelaskan tentang metode
induktif dan deduktif terlebih dahulu.
1.8.2(a) Metode Induktif dan Deduktif
Maklumat atau data yang diperolehi perlu ditaakul dengan teliti dan terperinci. Metode
pola pemikiran yang digunakan adalah sama ada metode induktif atau deduktif.
Dijelaskan tentang metode induktif terlebih dahulu.
Metode induktif adalah pola berfikir yang mencari pembuktian dengan
menganalisis maklumat dan informasi yang bersifat khusus atau terperinci untuk sampai
kepada suatu kenyataan yang umum.97 Selain itu, ia juga merupakan suatu proses yang
melibatkan logik untuk memberikan penjelasan yang umum berdasarkan pemerhatian
yang spesifik. Kebiasaannya metode ini bermula dengan dapatan kajian dan kemudian
kemudian berusaha membentuk satu teori.98 Dalam lain perkataan, suatu kesimpulan
atau generalisasi yang umum dirumuskan berdasarkan pengamatan dan pemerhatian
terhadap contoh-contoh yang wujud.
Metode deduktif pula ialah bentuk pola berfikir melibatkan pembuktian dengan
pernyataan atau hal-hal yang bersifat umum dan ia dibuktikan dengan hujah atau dalil
yang bersifat khusus.99 Metode ini bermula dengan suatu kerangka teori yang umum
dan membuat pengujian ke atas pemerhatian yang spesifik.100
1.8.2(b) Metode Analisis Isi Kandungan

Bersesuaian dengan kajian al-Quran yang berbentuk mawÌË‘Ê, penelitian dilakukan
terhadap ayat-ayat al-Quran yang memperlihatkan istilah-istilah atau elemen-elemen
yang boleh membentuk idea pemikiran kritis menurut al-Quran. Metode yang
digunakan berbentuk kajian semantik, melibatkan penyelidikan ke atas istilah-istilah al-
Quran yang mempunyai medan semantik yang sinonim dan relevan bagi setiap elemen
pemikiran kritis yang disebutkan. Lebih spesifik, kajian terhadap istilah-istilah ini
dilakukan berasaskan analisis isi kandungan (content analysis) sebagaimana yang
diperolehi daripada al-Quran. Ia perlu dilaksanakan untuk mengetahui latar belakang
dan sifat-sifat istilah-istilah tersebut.
Tahap-tahap yang dilalui dalam melakukan kajian al-Quran yang berdasarkan
kepada tema atau bentuk mawÌË‘Ê ini ialah: pertama, dengan mengkaji istilah-istilah al-
Quran yang membentuk elemen-elemen yang melambangkan pemikiran kritis menurut
perspektif al-Quran.
Kedua, dengan melakukan analisis isi kandungan terhadap istilah-istilah yang
dipilih. Analisis dilaksanakan dengan meneliti bilangan penggunaan istilah tersebut di
dalam al-Quran, bentuk dan derivatifnya, lokasi ayat, ia berbentuk ism atau fil, jika ia
fil, apakah ia fil mÉÌÊ, muÌÉri, amr atau nahÊ. Seterusnya dilihat pula, sama ada ia
berada di dalam surah Makkiyyah (Makki) atau Madaniyyah (Madani), apakah ia
berbentuk mufrad atau jamak, serta apakah maksud istilah-istilah tersebut.
Hasil dapatan dipaparkan dalam bentuk jadual. Beberapa kesimpulan diperolehi
berdasarkan jadual tersebut. Perlu disebutkan di sini bahawa jadual yang melibatkan
penggunaan di bawah 70 kali akan disertakan di dalam teks penulisan. Manakala jadual
yang melibatkan bilangan penggunaan melebihi 70 kali akan disertakan di bahagian
lampiran.
39
Metode analisis isi kandungan ini dilakukan bagi setiap istilah al-Quran yang
mewakili setiap elemen pemikiran kritis al-Quran yang diketengahkan. Metode ini
secara asasnya digunakan untuk bab dua dan tiga.
Bagi pemilihan dan perbincangan ayat-ayat al-Quran di dalam surah al-RËm
(30), klasifikasi digunakan berasaskan kepada elemen-elemen dan tema-tema pemikiran
kritis menurut al-Quran yang terdapat di dalam surah ini. Metode paparannya juga akan
disentuh. Huraian terhadap ayat-ayat ini dilakukan dengan merujuk kepada kitab-kitab
tafsir yang muktabar. Diskusi ayat-ayat di dalam surah al-RËm (30) juga berdasarkan
kefahaman pengkaji mengenai elemen-elemen pemikiran kritis tanpa melanggar batas-
batas syarak yang ditentukan sendiri oleh al-Quran.
1.9 SUSUNAN PENULISAN
Seluruh kajian ini dipersembahkan dalam enam bab. Bab pertama merupakan bab
pendahuluan yang menjadi pengenalan kepada aspek-aspek penting bagi keseluruhan
kandungan tesis ini. Ia menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif, kepentingan kajian, dan juga skop atau batasan kajian. Pengertian istilah-istilah
penting yang terdapat pada tajuk penyelidikan ini serta ulasan penulisan terdahulu juga
turut diperbincangkan. Bab ini juga mendetailkan dua metodologi utama penyelidikan
yang digunakan di dalam penulisan ini. Metode pengumpulan data melibatkan metode
kajian perpustakaan, sumber data dan metode penentuan kajian. Manakala metode
penganalisisan data pula membabitkan metode kualitatif, metode induktif dan deduktif
serta metode analisis isi kandungan. Susunan penulisan tesis ini menjadi item
pengakhiran bab pendahuluan ini.
Bab dua menjelaskan pengertian pemikiran kritis menurut bahasa, definisi
pemikiran kritis menurut perspektif barat, definisi pemikiran kritis menurut penulis
muslim, dan maksud pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Dua elemen
pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran dibincang dalam bab ini. Pertama, elemen
40
asas pemikiran kritis al-Quran melibatkan suatu sintesis kegiatan pendengaran,
penglihatan dan perenungan. Elemen kedua merupakan elemen utama pemikiran kritis
al-Quran, membabitkan aktiviti berfikir secara serius, mendalam dan terfokus. Setiap
elemen pemikiran kritis mempunyai istilah-istilah tertentu yang sinonim dan berkaitan
yang melambangkan elemen-elemen tersebut.
Bab tiga merupakan lanjutan daripada bab dua, iaitu masih lagi memperkatakan
tentang elemen-elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Elemen-elemen
pemikiran kritis aras tinggi menurut al-Quran dihuraikan di dalam bab ini. Elemen
pemikiran kritis aras tinggi pertama ialah kepentingan mendatangkan bukti, keterangan
atau dalil sebagai sokongan penghujahan dalam apa jua isu. Elemen pemikiran kritis
aras tinggi kedua pula melibatkan kemampuan dan kesediaan mengambil pelajaran,
peringatan dan pengiktibaran. Setiap elemen pemikiran kritis mengandungi istilah-
istilah yang mempunyai medan semantik yang sesuai, berkaitan dan sinonim bagi setiap
elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran yang disebutkan itu
Bab empat memperkenal dan menghuraikan latar belakang surah al-RËm (30).
Aspek-aspek yang dibincangkan termasuk pengenalan dan penamaan surah,
kemukjizatan al-Quran pada awal surah al-RËm, asbÉb al-nuzËl, tema dan intisari
kandungan surah, serta perkaitan antara perkataan al-RËatau Rom dengan konsep
pemikiran kritis barat. Perkaitan antara keduanya dapat dilihat pada faktor bahasa,
lokasi, sejarah, pengasas konsep pemikiran kritis barat dan pemerintah kerajaan Rom
Timur ketika itu. Hubungan surah al-RËdengan idea pemikiran kritis menurut
perspektif al-Quran juga ada dijelaskan berdasarkan istilah-istilah dan elemen-elemen
pemikiran kritis menurut al-Quran, yang telah disebutkan sebelumnya.
Bab lima pula menghuraikan secara terperinci penggunaan istilah, elemen, tema
dan metode paparan aspek-aspek yang berkaitan dengan pemikiran kritis menurut
perspektif al-Quran, sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-RËm (30). Ia

melibatkan perbincangan dan huraian sebahagian ayat-ayat yang terpilih sahaja,
berdasarkan istilah-istilah dan empat elemen pemikiran kritis al-Quran, yang berada
pada tahap asas, utama dan tinggi, sebagaimana yang dibincangkan di dalam bab dua
dan tiga. Tema-tema tertentu yang relevan dan metode paparan aspek-aspek pemikiran
kritis menurut perspektif al-Quran, yang dinyatakan secara eksplisit atau implisit juga
diperjelaskan di dalam bab ini.
Bab enam adalah bab penutup bagi tesis ini. Ia merumuskan beberapa
kesimpulan yang menjelaskan dapatan penting bagi setiap objektif kajian. Dapatan bagi
objektif pertama dan kedua kajian, diringkaskan kepada bentuk jadual 6.1, 6.2, 6.3 dan
6.4 yang mempunyai informasi penting bagi setiap istilah dan rumusan bagi elemen-
elemen pemikiran kritis tahap asas, utama dan tinggi menurut perspektif al-Quran.
Manakala dapatan objektif ketiga dan keempat kajian dituliskan dalam bentuk rumusan
keterangan. Bab ini juga akan mengemukakan beberapa saranan untuk penyelidikan
lanjutan bagi pengkaji-pengkaji lain.
Share:

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com

Search This Blog

Powered by Blogger.

Blog Archive