MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN: KAJIAN SURAH AL-RUM
Ia menentukan elemen asas, utama dan dua elemen aras tinggi pemikiran kritis berdasarkan istilah-istilah al-Quran.
Ia juga meneliti latar belakang surah al-RËm serta perkaitannya dengan konsep pemikiran kritis, dari perspektif barat dan juga al-Quran.
Ia meneliti penggunaan istilah, elemen, tema serta metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis, sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-RËm.
Kajian ini berbentuk pengumpulan bahan keperpustakaan dan bersifat kualitatif.
Metode pengumpulan data menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber primer.
Ia suatu penelitian al-Quran berbentuk mawÌË‘Ê.
Proses penganalisisan data menggunakan metode induktif dan deduktif serta metode analisis isi kandungan terhadap istilah-istilah al-Quran yang mempunyai medan semantik yang sinonim atau terangkum di dalam maksud setiap elemen pemikiran kritis.
Ia memfokuskan empat elemen pemikiran kritis berasaskan al-Quran.
Elemen asas, merupakan dasar kepada idea pemikiran kritis al-Quran berkisar kepada suatu sintesis aktiviti melibatkan pendengaran, penglihatan dan perenungan.
Elemen utama pemikiran kritis al-Quran menekankan proses berfikir secara serius, terfokus dan mendalam. Istilah di dalam klasifikasi ini ialah kata رکفت (tafakkur), رکذ (dhikr), لقع (‘aql), ربدت (tadabbur), ت مھف (tafahhum) dan ھقف (fiqh).
Elemen aras tinggi pertama pemikiran kritis al-Quran mengetengahkan kepentingan mempunyai atau mendatangkan bukti, keterangan atau dalil sebagai sokongan penghujahan. Istilah dalam kategori ini pula ialah ناطلس (sulÏÉn), ناھرب (burhÉn), لیلد (dalÊl), ةجح (Íujjah), ةنیب (bayyinah), ةریصب (baÎÊrah), ةیآ (Éyah), ةملاع (‘alÉmah) dan ملع (‘ilm).
Elemen aras tinggi kedua pemikiran kritis al-Quran ialah kesediaan dan kemampuan mengambil pelajaran, pengiktibaran dan peringatan. Istilah-istilahnya ialah ةیآ (Éyah), ةربع (‘ibrah), رکدم (muddakir), ىرکذ (dhikrÉ), لثم (mithal), ةوسا (uswah), رذن (nudhr), لاکن (nakÉl), ةظعوم (maw‘iÐah), ةرصبت (tabÎirah) dan ةحیصن (naÎÊÍah).
Perkataan al-RËm atau Rom atau surah al-RËm itu sendiri mempunyai beberapa perhubungan menarik dengan konsep pemikiran kritis barat dan dari perspektif Islam. Perkaitannya dengan pemikiran kritis barat dapat dilihat berdasarkan faktor bahasa, lokasi, pengasas konsep pemikiran kritis barat atau moden, pemerintah kerajaan Byzantine ketika itu dan aspek sejarah. Dari perspektif Islam pula, surah al-RËm mengemukakan bukti-bukti wujudnya idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran, dalam bentuk istilah, elemen, tema dan metode paparannya, sama ada ia diperlihatkan secara tersurat atau tersirat. Bakal dibincangkan dengan mendalam dan panjang lebar mengenai kesemua aspek yang disebutkan ini, sebagaimana yang terpapar di dalam surah ini. Kewujudan istilah, elemen, tema dan metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis di dalam al-Quran serta pendetailannya, secara eksplisit atau implisit, khususnya di dalam surah al-RËm ini, membuktikan bahawa konsep pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran bukan suatu bentuk pemikiran yang asing dan baru di dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam.
0 comments:
Post a Comment