Friday, August 9, 2019

ELEMEN ASAS PEMIKIRAN KRITIS

ELEMEN ASAS DAN ELEMEN UTAMA PEMIKIRAN KRITIS MENURUT AL-QURAN

Konsep pemikiran kritis sudah terlalu banyak dibincangkan di barat, terutamanya sejak dua atau tiga dekad yang lalu, ia mula mewarnai corak pemikiran pendidikan sejak lebih sedekad yang lalu. Penulis dan pengkaji muslim juga tidak ketinggalan merancakkan lagi penghasilan karya dalam bidang ini. Mereka cuba membincang dan memfokuskan penulisan mengenai pemikiran kritis dengan melihatnya dari kaca mata Islam.

Menjelaskan maksud pemikiran kritis dari sudut bahasa, definisi pemikiran kritis barat serta idea pemikiran kritis Islam menurut al-Quran.

Fokus  adalah kepada dua elemen pemikiran kritis, iaitu elemen asas dan elemen utama pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

Elemen asas pemikiran kritis al-Quran melibatkan suatu sintesis aktiviti pendengaran, penglihatan, dan perenungan.

Elemen utama pemikiran kritis al-Quran pula membabitkan kegiatan atau proses yang berlaku di dalam minda, iaitu berfikir secara serius, terfokus dan mendalam.

Huraian elemen asas dan elemen utama pemikiran kritis al-Quran adalah berdasarkan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran, dengan mengenalpasti istilah-istilah tertentu yang mempunyai maksud yang sinonim dan relevan bagi setiap elemen yang dibincangkan.

Namun sebelum itu, diterangkan terlebih dahulu pengertian pemikiran kritis dari sudut bahasa.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS MENURUT BAHASA 

Berdasarkan bahasa Melayu, frasa pemikiran kritis merupakan gabungan dua perkataan iaitu pemikiran dan kritis. Istilah pemikiran berasal dari kata dasar fikir yang memberi maksud “ingatan, angan-angan, renung, akal; daya atau keupayaan (untuk) berfikir; dan anggapan, pendapat, sangka, kira.”

Manakala salah satu kata terbitannya, iaitu pemikiran bermakna “perihal berfikir (memikir).”

Pemikiran secara umum boleh difahami sebagai apa sahaja yang berlaku di dalam minda. Pengertian pemikiran yang lebih khusus ialah “sebagai satu proses yang melibatkan pengolahan operasi mental tertentu yang bertindak dalam minda seseorang
dengan tujuan menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Menurut Mohd Michael Abdullah,
pemikiran merujuk kepada kebolehan manusia mencipta gagasan dan pengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan.

Berdasarkan Kamus Dewan, kalimah kritis berasal dari bahasa Indonesia-Belanda dan bermaksud “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbang buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), atau  kritikal.”

Oleh itu, definisi kamus bagi gabungan kata pemikiran kritis secara ringkasnya membawa pengertian 
“suatu bentuk atau cara berfikir yang tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu, dengan erti kata perlu menimbang betul salahnya atau buruk baiknya terlebih dahulu.” 

Dalam bahasa Inggeris, istilah pemikiran kritis diterjemahkan sebagai critical thinking, yang terdiri daripada dua perkataan iaitu critical dan thinking. Perkataan critical berasal dari perbuatan atau verb to criticise yang bermaksud: 

1) to say that you disapprove of somebody or something; to say what you do not like or think is wrong about somebody or something; dan 
2) to judge the good and bad qualities of something.

Ungkapan critical berupa bentuk adjective atau kata sifat. Ia boleh memberi makna: 

1) expressing disapproval – expressing disapproval of somebody or something and saying what you think is bad about them; 
2) important or crucial or essential; 
3) serious or dangerous; 
4) making careful judgements – involving making fair, careful judgements about the good and bad qualities of somebody or something,dan 
5) of art, music, books, etc. – (only before noun) according to the judgement of critics of art, music, literature, etc.

Manakala kata thinking berasal dari kata kerja atau verb „to think‟ yang boleh memberikan pengertian: 

1) have opinion or belief – to have a particular idea or opinion about something; 
2) use mind – to use your mind to consider something, to form connected ideas, to try to solve problems, etc.; 
3) to have ideas, words or images in your mind; 
4) imagine – to form an idea of something; to imagine; 
5) expect – to expect something; 
6) in a particular way – to think in a particular way or on a particular subject; 
7) showing anger or surprise – used in questions to show that you are angry or surprised; 
8) being less definite or more polite – used to make something you say sound less definite or more polite; 
9) intend – to have a plan about something; dan 
10) remember – to have something come into your mind.\\\

Perkataan thinking boleh menjadi noun atau kata nama dan juga adjektif atau kata sifat. 

Sebagai kata nama atau noun, ia merupakan the process of thinking about something atau ideas or opinions about something. 
Sebagai adjektif pula ia bermakna intelligent and able to think seriously about things. 

Sebagai kesimpulan, frasa critical thinking bolehlah dianggap sebagai 
the process of thinking about something atau using the mind to consider something yang melibatkan making careful judgement, involving making fair and careful judgements about the good and bad qualities of somebody or something, dan trying to solve problems. 

Dalam bahasa Arab, pemikiran kritis atau critical thinking boleh diterjemahkan sebagai ٞذمٌٕا ش١ىفزٌا (al-tafkÊr al-naqdÊ) atau ٞذمٌٕا شىفٌا (al-fikr al-naqdÊ). Kalimah ش١ىفر (tafkÊr) atau شىف (fikr) berasal dari kata kerja atau ًؼف (fil) yang sama iaitu شىم٠ شىف (fakara-yafkiru) yang bermaksud memikir atau berfikir. Antara kata terbitannya ialah ش١ىفر (tafkÊr) atau شىف (fikr) yang bermakna pemikiran atau thinking.

Istilah ٞذمٔ (naqdÊ) berasal dari kata kerja ذمٕ٠ ذمٔ (naqada/naqida-yanqudu/yanqadu) yang antara lain maknanya ialah sumbing atau sumpik, berbicara, berbahas, periksa, selidik, dan mengkritik.

Manakala ٞذمٔ (naqdÊ) bermaksud critical, yang diterjemahkan sebagai kritis dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kosa kata ٞذمٌٕا شىفٌا (al-fikr al-naqdÊ) membawa pengertian bentuk pemikiran yang menyelidik, memeriksa atau mengkritik. Dalam lain perkataan, pemikiran kritis, tidak hanya menerima sesuatu dengan mudah tetapi memeriksa, menyelidik atau mengkajinya terlebih dahulu.

Berdasarkan perbandingan antara ketiga-tiga definisi dalam tiga bahasa yang berbeza, didapati pengertian pemikiran kritis adalah mirip atau hampir sama, dengan sedikit perbezaan dari segi pendetailannya, yang bersifat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. 

Hasil rangkuman dari maksud-maksud tersebut, secara asasnya pemikiran kritis adalah cara berfikir yang tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu, di mana usaha menyelidik, memeriksa, mengkritik, menimbang buruk baik, menilai secara adil dan berhati-hati serta merumus sesuatu dengan sebaiknya perlu dilakukan.

Secara mudah, itulah definisi pemikiran kritis menurut bahasa berdasarkan pengertian bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. 

Seterusnya dipaparkan definisi pemikiran kritis menurut pandangan cendekiawan barat. 

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS MENURUT BARAT 

Sudah terlalu banyak definisi pemikiran kritis yang diketengahkan oleh para ilmuwan barat. Ia berdasarkan pengalaman dan kajian masing-masing. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis pula perlu dilihat daripada pelbagai sudut.

Secara asasnya, ia saling lengkap melengkapi antara satu takrif dengan definisi yang lain.
Kekurangan pada yang satu diperbaiki oleh idea yang lain. 

Berikut beberapa pengertian pemikiran kritis yang ditakrifkan oleh sebahagian penulis barat.

Jadual 2.1. Ringkasan Definisi Pemikiran Kritis Barat Menurut Pandangan Penulis- Penulis Barat





Pengamatan tentang definisi pemikiran kritis, secara ringkasnya frasa ini mengundang interpretasi
yang berbagai dan bersifat terbuka. Ia saling lengkap melengkapi antara satu definisi dengan yang lain. Ia juga mencakupi pelbagai bidang ilmu dan pembelajaran, termasuk bidang bahasa, penulisan, kejururawatan, pergigian, perubatan, kejuruteraan, sains, matematik, logik, psikologi, agama dan lain-lain. Antara skil yang diasosiasikan dengan pemikiran kritis ialah membuat analisis, sintesis, perkaitan, inferensi, klasifikasi atau kategori, mentafsir, menterjemah, membanding beza, menilai,
menimbang, mencerakin, merumus, menghujah, membukti, memerhati, memeriksa,
mengkaji dan yang seumpamanya. 

Secara asasnya, pemikiran kritis adalah kesepaduan antara atribut atau sifat peribadi, kognitif dan skil sosial seseorang, dengan galakan dan persekitaran yang betul, dan keberkesanan perkembangan dengan tempoh masa yang bersesuaian. 

Antara sikap seorang pemikir kritis termasuklah bersifat rasional, sedar diri, jujur, berfikiran
terbuka, berlapang dada dan berdisiplin.

Berdasarkan jadual 2.1 di atas, definisi pemikiran kritis yang diberikan oleh Michael Scriven dan Richard Paul agak mirip dan menepati dengan apa yang ingin dihuraikan. Mereka menyatakan bahawa critical thinking

is the intellectually disciplined process of actively and skillfully conceptualizing, applying, synthesizing, and/or evaluating information gathered from, or generated by, observation, experience, reasoning, or communication, as a guide to belief and action.

Terjemahannya secara bebas dalam bahasa Melayu adalah pemikiran kritis ialah 

proses intelek yang berdisiplin, aktif dan mahir dalam membina konsep, menghubungkait, menggabungjalin dan, atau menilai maklumat yang dikumpul atau terhasil dari pengamatan, pengalaman, pemikiran atau komunikasi, sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan.
Definisi ini dilihat bersifat menyeluruh dan merangkumi serta boleh dianggap sebagai ringkasan umum tentang konsep pemikiran kritis. Ia juga lebih mirip dan meliputi hampir keseluruhan elemen-elemen pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran yang dijelaskan di dalam penulisan ini. 

Antara kata kuncinya ialah proses intelek, membina konsep, menghubungkait, menggabungjalin, menilai maklumat, observasi atau pengamatan, pengalaman, pemikiran dan komunikasi.

Berikut beberapa perkara yang selari, sama atau yang merangkumi antara kata kunci definisi daripada Scriven dan Paul dengan elemen-elemen pemikiran kritis menurut al-Quran yang dipaparkan. 

Pertama: elemen kedua, ketiga dan keempat, kesemuanya merupakan sebahagian daripada proses intelektual. Ia melibatkan berfikir secara serius, terfokus dan mendalam; mementingkan dalil dalam
penghujahan; dan mengambil iktibar dan pelajaran. 

Kedua: elemen asas yang membabitkan kegiatan observasi atau pengamatan merupakan sebahagian daripada pengalaman. Pengalaman boleh didapati daripada apa yang didengar, dilihat, diperhati, dikaji, direnung, dirasai, dihadapi dan dialami. 

Ketiga: penulisan ini sendiri adalah suatu usaha menggarap dan membina konsep, iaitu konsep pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. 

Keempat: penulisan meneliti dan membuat hubungkait antara surah al-RËm (30) dengan konsep
pemikiran kritis, dari perspektif barat dan dari kaca mata Islam. 

Kelima: elemen asas juga merupakan suatu sintesis atau gabungjalin antara aktiviti pendengaran,
penglihatan dan perenungan, yang melibatkan indera telinga, mata dan kalbu. 

Keenam: konsep pemikiran kritis dari perspektif al-Quran sudah tentu mementingkan aspek kepercayaan dan amalan atau tindakan. Kemampuan dan kemahiran berfikir secara kritis menurut acuan al-Quran sepatutnya menjadi panduan dan dapat membentuk kepercayaan atau keyakinan yang benar, iaitu untuk mentauhidkan Allah SWT dan memperbaiki amalan serta akhlak di dalam menjalani kehidupan. 

Seterusnya pengertian pemikiran kritis menurut pandangan penulis-penulis muslim. 

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS ISLAM MENURUT PENULIS MUSLIM

Berikut diringkaskan idea-idea tentang pengertian pemikiran kritis Islam menurut pandangan beberapa pengarang muslim, sama ada penulis tempatan, nusantara atau antarabangsa.

Jadual 2.2. Ringkasan Definisi Pemikiran Kritis Islam Menurut Pandangan Penulis- Penulis Muslim





Sumber: Hasil Analisis Definisi Pemikiran Kritis Islam Menurut Pandangan Penulis-Penulis Muslim.

Berdasarkan kepada jadual di atas, berikut beberapa kesimpulan yang dapat diambil. Antaranya adalah idea pemikiran kritis dikenali dengan berbagai nama, seperti pemikiran saintifik, deep thinking atau pemikiran mendalam, pemikiran ilmiah, pemikiran logik, pemikiran rasional, pemikiran jelas, dan pemikiran kritikal. Biarpun nama berbeza, namun ia sebenarnya merujuk kepada gagasan, perkara dan kegiatan yang hampir serupa yang secara asasnya dilakukan oleh akal atau minda. Ada juga beberapa proses yang dilakukan oleh pancaindera. 

Isi kandungan atau content kepada semua bentuk pemikiran ini adalah hampir sama dan ia masing-masing juga pada hakikatnya bersifat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. 

Sebahagian daripada kemahiran atau skil-skil yang melambangkan elemen-elemen pemikiran kritis, seperti yang tercatat dalam jadual di atas, adalah kegiatan berfikir, memerhati, menyiasat, mendengar dengan baik, mengkaji, menilai, mempelajari, mengenal, memaham, memilih, melihat, merancang, melaksana, membuktikan, menimbang, menetapkan, memikir tentang implikasi, membuat ramalan, menghujah, memberi alasan, induksi, deduksi, analogi, kritikal, persepsi luas dan mendalam, idea, ramalan, mencari informasi baru, mentafsir, keutamaan, penyoalan, konsep, bukti, analisa, saintifik, menganalisis, membuat andaian, mengambil kesimpulan atau rumusan, dalil, logik dan sebagainya. 

Istilah-istilah al-Quran yang berkaitan dengan pemikiran kritis, yang didapati dari jadual di atas, antaranya ialah dabbara, faqiha, naÐara, tafakkara, aqala, ulu al-albÉb, ulu al-‘ilm, ulu al-abÎÉr, tafakkur, tadhakkur, iktibar, ilm, Íikmah, burhÉdan lain-lain. 

Antara halangan kepada pemikiran kritis yang boleh dirumus dari jadual di atas termasuklah pemikiran khurafat, taklid, jumud, mengikut hawa nafsu, emosi, ragu, taksub, dakyah, mengikut majoriti dan warisan nenek moyang.

Kemahiran atau metode yang merangsang pemikiran kritis melibatkan kemahiran membanding dan membeza, membuat kategori, membuat urutan atau sekuens, meneliti bahagian dan keseluruhan, menerangkan sebab, membuat ramalan, memeriksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi, mencari hubungan sebab-akibat dan mengambil kesimpulan. 

Nama-nama pengarang di dalam jadual di atas disusun berdasarkan tahun buku mereka dicetak. Oleh itu, ia boleh menggambarkan urutan perkembangan idea pemikiran kritis yang mereka garap. Contohnya, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, merupakan pengarang pertama di nusantara ini yang menulis mengenai pemikiran yang berdasarkan al-Quran. Kerana itu prinsip-prinsip asas yang disebutnya menjadi sebahagian daripada huraian yang pengkaji bincangkan.

Manakala Senu Abdul Rahman dan rakan-rakannya pula, menulis mengenai pemikiran kritis sebagai suatu metode penyelesaian masalah. Harun Nasution pula mendiskusikan tentang kedudukan akal dan wahyu. Beliau melontarkan beberapa istilah al-Quran yang berkaitan dengan berfikir, eperti dabbara, faqiha, naÐara, tafakkara, aqala, ulu al-albÉdan ulu al-Ilm. Mohd Michael Abdullah pula melihat dan menyamakan pemikiran kritis dengan penghujahan logik. 

Pengarang seperti al-QaraÌÉwÊ dan Harun Yahya mengasaskan penulisan mereka sepenuhnya dari perspektif al-Quran. Karangan Harun Yahya mengenai Deep Thinking atau pemikiran mendalam bersifat umum, agak mudah dan lebih nipis. 

Manakala karangan al-QaraÌÉwÊ lebih tebal dan menyentuh berbagai perkara, seperti istilah aql, tafakkur, tadhakkur, ilm, Íikmah, fiqh, burhÉn, bentuk akal ilmiah, mukjizat ilmiah dan lain-lain lagi. Jamal Badi dan rakannya menulis bab pertama dari bukunya mengenai tafakkur dari perspektif Islam.

Seterusnya pula berkaitan stail-stail berfikir di dalam al-Quran kemudian menyentuh tentang pemikiran kreatif. 

Istilah-istilah al-Quran yang telah disebutkan oleh pengarang-pengarang muslim yang terdahulu menjadi asas kepada kajian ini. Bank data istilah al-Quran diperluas dan dikembangkan lagi dengan memasukkan istilah-istilah lain yang bersesuaian dengan elemen-elemen pemikiran kritis yang baru ditemui. 

Itulah sebahagian daripada rumusan yang dapat disimpulkan daripada jadual di atas. 

Seterusnya dipaparkan gagasan pemikiran kritis berasaskan istilah-istilah al-Quran yang membentuk elemen-elemen pemikiran kritis. 

PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Pemikiran kritis bukanlah suatu bentuk pemikiran yang baru atau asing di dalam ajaran Islam. Al-Quran, sebagai kitab petunjuk buat umat manusia, telah menerapkan budaya ini di dalam ayat-ayatnya sejak lebih dari seribu empat ratus tahun yang lalu.

Namun begitu, idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran pada asasnya masih lagi di dalam peringkat pembentukan kerana kekurangan pengkaji yang menyelidik tentang konsep ini. Oleh itu, penggalian khazanah ilmu berdasarkan al-Quran, yang berkaitan dengan pemikiran secara umum dan pemikiran kritis secara khusus amat-amat diperlukan. 

Gagasan pemikiran kritis al-Quran, pada fikiran pengkaji, merupakan suatu metode berfikir yang agak umum serta kompleks sifatnya. Ia mempunyai skop atau cakupan yang luas, dengan kemungkinan penemuan baru dalam bentuk istilah, elemen, kemahiran, metode atau apa sahaja yang relevan dengan konsep pemikiran kritis al-Quran. Ia masih bersifat terbuka, luwes dan anjal. Sungguhpun begitu, kajian ini diharap mampu mengetengahkan beberapa elemen penting yang dikategorikan berdasarkan medan semantik istilah-istilah tertentu yang sinonim dan berkaitan dengan elemen-elemen tersebut.

Berdasarkan kajian istilah-istilah al-Quran, beberapa elemen penting pemikiran kritis Islam dapat digariskan. 

Penulisan ini, memilih empat elemen yang dirasakan paling penting berdasarkan fokus dan penekanan al-Quran. 

Elemen pertama, merupakan elemen asas yang menjadi dasar kepada konsep pemikiran kritis al-Quran adalah suatu sintesis melibatkan aktiviti pendengaran, penglihatan dan perenungan. 

Elemen kedua yang juga merupakan elemen utama, membabitkan kegiatan atau proses yang berlaku di dalam minda, iaitu berfikir secara serius, terfokus, dan mendalam. 

Elemen ketiga dan keempat merupakan bentuk elemen pemikiran kritis aras tinggi. 

Elemen ketiga menyerlahkan kepentingan mendatangkan bukti, keterangan dan dalil sebagai sokongan penghujahan. 

Elemen keempat adalah kesediaan serta kemampuan mengambil pelajaran, pengiktibaran dan peringatan. 

Elemen ketiga dan keempat, yang terdiri daripada bentuk elemen pemikiran kritis aras tinggi akan dibincang dan dihuraikan akan datang. 

Elemen-elemen penting yang membentuk pemikiran kritis menurut al-Quran dipaparkan dengan menelusuri medan semantik istilah-istilah tertentu yang mempunyai jaringan makna-makna yang sinonim dan berkaitan, bagi setiap satu elemen pemikiran kritis berdasarkan perspektif al-Quran.

Dua elemen pertama pemikiran kritis al-Quran, iaitu elemen asas dan elemen utama. 
Elemen pertama, merupakan elemen asas yang menjadi dasar dan prasyarat kepada konsep pemikiran kritis al-Quran, melibatkan suatu sintesis kegiatan pendengaran, penglihatan dan perenungan. Manakala elemen kedua, sebagai elemen utama pemikiran kritis al-Quran, membabitkan proses atau aktiviti berfikir secara serius, terfokus, dan mendalam. Berikut dibincangkan elemen asas yang menjadi dasar kepada konsep pemikiran kritis al-Quran terlebih dahulu.

ELEMEN ASAS PEMIKIRAN KRITIS MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Elemen pertama yang menjadi asas, dasar dan prasyarat kepada konsep pemikiran kritis al-Quran melibatkan beberapa proses mendapatkan maklumat atau ilmu pengetahuan daripada persekitaran. Ia merupakan suatu sintesis aktiviti asas membabitkan pendengaran, penglihatan dan perenungan. Ia merupakan suatu penyatupaduan melibatkan deria pendengaran, penglihatan dan deria keenam (the sixth sense). 

Pancaindera yang terlibat di dalam elemen asas pemikiran kritis al-Quran ini bertindak sebagai tingkap dan pintu yang membenarkan segala maklumat dan informasi yang membentuk sistem input bagi manusia dapat melaluinya. Deria pendengaran dan penglihatan mempunyai pengaruh yang kuat untuk perkembangan pemikiran kerana jumlah informasi yang masuk melalui kedua cara tersebut tersangat banyak.

Berikut huraian yang lebih terperinci mengenainya.

SINTESIS AKTIVITI PENDENGARAN, PENGLIHATAN, DAN PERENUNGAN 

Elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran membabitkan wujudnyasuatu sintesis atau penyatupaduan antara pendengaran, penglihatan dan perenungan. Aktiviti ini melibatkan pancaindera pendengaran, penglihatan dan pancaindera keenam, dengan penggunaan deria telinga, mata dan kalbu atau hati untuk mendengar, melihat, memerhati, mencerap, membuat observasi, melakukan pengamatan, mengkaji, menyelidik, memikir, merenung, menganalisis, menilai dan membuat pertimbangan. 

Untuk memudahkan perbincangan, elemen asas ini dibahagikan kepada tiga unsur utama, iaitu aspek pendengaran, penglihatan dan perenungan. 

Istilah al-Quran yang digolongkan di dalam kategori aspek pendengaran ialah kata غّس (sam), ذصٔ (naÎat) dan ْرأ (udhun). 

Manakala aspek penglihatan pula terdiri daripada kata شظٔ (naÐar), ٜأس (raÉ), شصث (baÎar), حدبٙش (syahÉdah), ٍِػ(ayn) dan فشط (Ïarf). 

Dan aspek perenungan pula melibatkan kata (wa‘É)تٍل (qalb) dan دائف (fu’Éd). 

Semua kalimah ini menggambarkan gabungan penggunaan pancaindera yang melibatkan pendengaran, penglihatan serta perenungan kalbu atau hati, dengan sedikit aktiviti mental seperti merenung, berfikir, memahami, menganalisis, mengkaji, menilai, menimbang dan yang seumpamanya, yang sebahagiannya berlaku secara spontan atau automatik. 

Sukar untuk dinyatakan secara jelas dan tuntas bila kegiatan pancaindera berakhir dan bila aktiviti akal bermula. Apabila manusia melihat sesuatu, secara automatik dia mengenali itu pokok, rumah, kereta dan sebagainya. Apa yang dilihat atau didengar itu ditafsirkan pula oleh akal. 

Oleh itu, manusia mengenali apa yang dilihat. Sudah ada maklumat dan memori terdahulu tentang apa yang dilihat itu. Kerana itu juga, sukar untuk dijelaskan di mana titik atau poin pemisahan antara tugas pancaindera dan kerja akal berlaku. 

Atas sebab itu, elemen ini disebut sebagai elemen asas. Idea di sebalik elemen asas ini ialah hampir semua manusia dikurniakan pancaindera pendengaran, penglihatan dan perenungan. Dengan adanya indera ini, manusia mempunya ruang dan peluang untuk berfikir secara kritis. Itulah prasyarat dan keperluan paling asas, berupa alat dan fungsi pancaindera termasuk indera keenam, untuk membolehkannya mendengar, melihat, merenung, dan seterusnya berfikir dengan kritis.

Tidak timbul persoalan hanya orang cerdik atau profesor sahaja yang mampu berfikir kritis. Sesiapa sahaja mampu untuk berfikir secara kritis kerana syarat dan keperluan asas sudah dipenuhi dengan kurniaan pancaindera kepada manusia. Dia cuma perlu menggunakan akalnya sedikit lebih daripada yang minimum atau biasa.

Dia perlu bersedia untuk berfikir lebih serius, terfokus dan mendalam. Akal perlu diasah dan dilatih untuk berfikir kritis. Kerana itu, ia sesuatu yang boleh dilakukan dan diperolehi. Umat Islam amat bertuah kerana al-Quran merupakan kitab mukjizat yang memberikan bimbingan dan petunjuk dalam berfikir. 

Menurut al-QaraÌÉwÊ, mencari ilmu itu hukumnya wajib, dan berbekal dalam mencari ilmu juga wajib. Maksudnya ada sarana mutlak yang diperlukan untuk menempuh riÍlah mencari ilmu ini. Ada tiga syarat utama untuk mendapatkan ilmu, sebagaimana yang banyak disebut di dalam al-Quran, iaitu melalui غّ ٌا (al-sam) atau pendengaran, شصجٌا (al-baÎar) atau penglihatan dan دائفٌا (al-fu’Éd) atau hati.

Sebahagian firman Allah SWT:


Surah Al-Nahl - سورة النحل

[16:78] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


16:78
16_78 Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:78) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 275 - ٢٧٥

Surah Al-Mulk - سورة الملك

[67:23] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


67:23
67_23 Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
(Al-Mulk 67:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 563 - ٥٦٣

Surah Al-Ahqaaf - سورة الأحقاف

[46:26] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


46:26
46_26 Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
(Al-Ahqaaf 46:26) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 505 - ٥٠٥

Ilmu diperolehi dengan belajar dan penggunaan sarana atau pancaindera yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia. Alat-alat deria (pendengaran, penglihatan dan kalbu) ini berfungsi umpama jendela untuk mendengar, melihat dan merasakan alam sekitarnya. Pancaindera ini mampu menangkap maklumat atau ilmu dari persekitaran dan alam ini. Ia juga merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia yang wajib disyukuri.

Berikut penjelasan tentang aspek pendengaran sebagai salah satu domain utama elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

ASPEK PENDENGARAN سَمِعَ

Pendengaran adalah kemampuan untuk mengenali suara dan mendengarkanpembicaraan, bunyi-bunyian atau maklumat yang beredar di persekitaran.

Ia dilakukan oleh sistem pendengaran yang terdiri daripada telinga, saraf-saraf dan otak. 

Manusia dapat mendengar daripada frekuensi 20 Hz hingga 20,000 Hz. Jika dipaksa mendengar bunyi atau frekuensi yang terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan sistem pendengaran menjadi rosak.

Pendengaran merupakan aspek pertama elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Aspek ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan istilah-istilah yang berkait dengan perbuatan mendengar dan deria pendengaran, iaitu kata غّس (sam), ذصٔ (naÎat) dan ْرأ (udhun). 

Pancaindera pendengaran merupakan antara deria yang paling awal terbentuk, iaitu pada peringkat janin lagi. Pada bulan kelima, janin diberitakan sudah boleh mendengar.

Kerana itu dibarat pada hari ini, ibu atau kedua ibu bapa cuba merangsang janin dengan bersembang, bercakap-cakap atau memperdengarkan musik atau bunyi-bunyian. Ibu bapa muslim boleh memperdengarkan ayat-ayat al-Quran, bercerita kisah-kisah para nabi atau cerita-cerita yang baik untuk merangsang pendengaran dan otak janin.

Jadual 2.3 yang berikut memberikan keterangan ringkas setiap istilah bagi elemen asas pemikiran kritis al-Quran dari aspek pendengaran.



Jadual 2.3. Rumusan Istilah Elemen Asas Pemikiran Kritis Menurut Al-Quran Dari Aspek Pendengaran

Sumber: Hasil Analisis Istilah-Istilah Elemen Asas Pemikiran Kritis Menurut Al-Quran dari Aspek Pendengaran.

Seterusnya dijelaskan setiap istilah di dalam jadual di atas. Istilah pertama bagi aspek pendengaran ialah kata غّس (sam). 

Sam‘ (عمس 

Kata غّس (sam‘) adalah istilah pertama aspek pendengaran bagi elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. Mudahnya ia bermaksud pendengaran. Berikut beberapa contoh ayat al-Quran yang menggunakan kata ini atau derivatifnya. 

Firman Allah SWT:

Surah Az-Zumar - سورة الزمر

[39:18] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]

39:18
39_18 Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 460 - ٤٦٠

Surah Al-Israa' - سورة الإسراء

[17:47] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


17:47
17_47 Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): "Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir".
(Al-Israa' 17:47) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 286 - ٢٨٦

Surah Taha - سورة طه

[20:13] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


20:13
20_13 "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
(Taha 20:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 313 - ٣١٣

Kata غّس (sam) berbentuk kata nama atau ism. Kata kerja yang menjadi asal kepada istilah ini ialah غّ ٠ غّس (samia-yasmau). Kata kerja ini dan derivatifnya boleh memberi maksud mendengar, sampai khabar, mengikut, memperdengar, memperkenan (oleh Tuhan), pendengaran, kemasyhuran, yang mendengar, yang didengari, terdengar, faham, memahami, tahu, mengetahui, taat, mentaati, membacakan, dan lain-lain.

Berdasarkan makna-makna ini, ia juga menjadi sinonim kepada istilah ُٙف (fahima) bererti faham atau memahami, ٍُػ (‘alima) bermakna ilmu atau mengetahui dan عبطأ (aÏÉ‘a) bermaksud taat atau mentaati.

Kata kerja ي وأ ى ىإ غّزسا (istama‘a ilÉ aw li) pula lebih kepada makna mendengar kepada sesuatu atau untuk sesuatu. Ia diertikan sebagai mendengar, memberi perhatian, memasang telinga, mendengar secara curi-curi atau rahsia atau bisikan-bisikan.

The triliteral root sīn mīm ʿayn (س م ع) occurs 185 times in the Quran, in 10 derived forms:
  • 78 times as the form I verb samiʿa (سَمِعَ)
  • 13 times as the form IV verb asmaʿa (أَسْمَعَ)
  • once as the form V verb yassammaʿu (يَسَّمَّعُ)
  • 16 times as the form VIII verb is'tamaʿa (ٱسْتَمَعَ)
  • four times as the noun sammāʿūn (سَمَّٰعُون)
  • 22 times as the noun samʿ (سَمْع)
  • 47 times as the nominal samīʿ (سَمِيع)
  • once as the form IV active participle mus'miʿ (مُسْمِع)
  • once as the form IV passive participle mus'maʿ (مُسْمَع)
  • twice as the form VIII active participle mus'tamiʿ (مُسْتَمِع)

Results 1 to 16 of 16 for pos:v (viii) root:سمع (in 0.006 seconds):
(6:25:3) yastamiʿulistenوَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ
(7:204:4) fa-is'tamiʿūthen listenوَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا
(10:42:3) yastamiʿūnalistenوَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ وَلَوْ كَانُوا لَا يَعْقِلُونَ
(17:47:4) yastamiʿūnathey listenنَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِ
(17:47:7) yastamiʿūnathey listenإِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ وَإِذْ هُمْ نَجْوَىٰ
(20:13:3) fa-is'tamiʿso listenوَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ
(21:2:9) is'tamaʿūhuthey listen to itمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ
(22:73:5) fa-is'tamiʿūso listenيَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ
(26:25:5) tastamiʿūnayou hearقَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا تَسْتَمِعُونَ
(39:18:2) yastamiʿūnathey listen (to)الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ
(46:29:7) yastamiʿūnalisteningوَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ
(47:16:3) yastamiʿulistenوَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا
(50:41:1) wa-is'tamiʿAnd listenوَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِنْ مَكَانٍ قَرِيبٍ
(52:38:4) yastamiʿūnathey listenأَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ فَلْيَأْتِ مُسْتَمِعُهُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ
(72:1:5) is'tamaʿalistenedقُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ
(72:9:8) yastamiʿilistensفَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

See Also



Kata kerja غّزسا (istamaa) memerlukan ٗث يٛؼفِ (maf‘Ël bih) atau objek atau direct object dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dibuktikan berdasarkan dua contoh ayat al-Quran yang tertera di atas, iaitu ayat 18 surah al-Zumar (39) dan ayat 13 surah ÙÉ HÉ (20). Objek bagi ayat yang pertama adalah يٛمٌا (al-qawl) bermakna perkataan itu.

Dan objek bagi ayat kedua ialah ىحىٌ اَى (li mÉ yËÍÉ) bermaksud apa yang diwahyukan.

Kata kerja سَمِعَ(sami‘aatau غّزسا (istamaa) dengan derivatifnya yang berbeza digunakan dalam al-Quran sebanyak 185 kali.

Sila rujuk Lampiran A, jadual L.1 yang memaparkan sebahagian daripada penggunaan istilah ini di dalam al-Quran. 

Secara sepintas lalu, terdapat 45 bentuk derivatif yang berlainan di dalam jadual ini.

Antara bentuk derivatifnya ialah غّس (sami‘) 2 kali, اْؼَس (sami‘nÉ) 17 kali, غَسٌ (yasma‘) 6 kali, ُىؼَسٌ (yasma‘Ën) 19 kali, غَسىا (al-sam‘) 12 kali, غٍَس (samÊ‘) 43 kali dan lain-lain. Ia digunakan dalam bentuk دشفِ (mufrad) dan juga غّع (jama‘). Ia juga terdapat di dalam surah-Surah Makkiyyah dan Madaniyyah. 

Menariknya ia terdapat dalam bentuk yang pelbagai: fi‘l mÉÌÊ, muÌÉri‘, amr, nahÊ dan ta‘jub. Secara asasnya, ia digunakan di dalam al-Quran dengan makna mendengar.

Kata kerja سَمِعَ(sami‘)  juga mempunyai kaitan dengan konsep pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran apabila perbuatan mendengar ini dilakukan secara baik dan berhati-hati sambil memikir, cuba memahami, mengambil tahu, membuat pertimbangan dan mengambil pengajaran. Ini dapat dirumuskan berdasarkan maksud ayat-ayat al-Quran yang disertakan di atas.

Surah Az-Zumar - سورة الزمر

[39:18] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


39:18
39_18 Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 460 - ٤٦٠

Contohnya pada ayat 18 surah al-Zumar (39) yang tertera di atas, al-Quran
menyebutkan bahawa mereka yang mendengar dengan sikap berhati-hati sambil menyaring serta memilih pandangan yang terbaik, menjadi golongan yang diberi petunjuk oleh Allah. Mereka itulah golongan ulË al-albÉb, yang mempunyai akal budi cerdas yang dapat menimbang antara keburukan dan kebaikan. Apabila mendengar percakapan, ceramah, pidato atau ayat-ayat Allah SWT, kumpulan ulË al-albÉini  mampu mengambil intipati dan membuang kulitnya57 serta memilih yang terbaik di antara berbagai perkara yang didengari itu. Oleh itu, golongan ini tidak takut ataucemas apabila mendengar pandangan atau pengajian yang berbeza daripada pendapat mereka sendiri, sebagaimana kata Hamka: “Orang yang merdeka tidak gentar menghadapi kemerdekaan orang lain. Kebenaran itu bisa dijemur dipanas matahari, ia tidak akan lekang. Biar ditinggalkan kena hujan lebat juga tidak akan busuk.”

Seterusnya, masih dengan makna mendengar tetapi dalam keadaan diam dan memberikan perhatian. Istilahnya adalah أَنصِتُوا(naÎat).

NaÎat (وَأَنصِتُوا۟


The triliteral root nūn ṣād tā (ن ص ت) occurs twice in the Quran as the form IV verb anṣitu (أَنصِتُ). The translations below are brief glosses intended as a guide to meaning. An Arabic word may have a range of meanings depending on context. Click on a word for more linguistic information, or to suggestion a correction.

Verb (form IV) - to listen, to play attention

(7:204:6) wa-anṣitūand pay attentionوَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
(46:29:12) anṣitūListen quietlyفَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ

Istilah kedua bagi aspek pendengaran elemen asas pemikiran kritis al-Quran ialah kata أَنصِتُ(naÎat). 

Ia bermaksud mendengar dengan diam dan memberikan perhatian kepada al-Quran ketika ia dibacakan.

Berikut disertakan dua ayat yang menggunakan kata naÎa(أَنصِتُ). 

Firman Allah SWT: 

Surah Al-A'raaf - سورة الأعراف

[7:204] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


7:204

7_204 Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A'raaf 7:204) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 176 - ١٧٦



Surah Al-Ahqaaf - سورة الأحقاف

[46:29] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


46:29
وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

46_29 Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al-Ahqaaf 46:29) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 506 - ٥٠٦

(untuk mendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.

Berikut disertakan jadual 2.4 yang menunjukkan penggunaan istilah ذصٔ (naÎat), sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran.

Jadual 2. 4. Penggunaan Kata أَنصِتُ(NaÎatDi Dalam Al-Quran



Sumber: Hasil Analisis Kata ذصٔ (NaÎatSebagaimana Yang Terdapat Di Dalam al-Quran.

Al-Quran menggunakan kalimah anÎitË (أَنصِتُ). Ia berasal dari kata kerja أَنصِتُ  (naÎata-yanÎitu) atau أَنصِتُ (anÎata) bererti diam mendengarkan, mendengar dengan bersungguh-sungguh, memberi perhatian, prihatin, memperdengarkan dan mendengar secara mencuri-curi.

Seperti yang telah dinyatakan, hanya ada dua ayat sahaja yang menggunakan perkataan ini di dalam al-Quran dan ia memberi maksud mendengar sambil diam dan memberi perhatian, memikir dan merenung akan makna-maknanya.


Berdasarkan jadual di atas, kata kerja atau ًؼف (fi‘l) yang digunakan pada kedua-dua ayat tersebut adalah dalam bentuk شِا ًؼف (fi‘il amr) bermaksud kata kerja suruhan dan arahan serta berbentuk غّع (jama‘) atau plural. Oleh itu, perkataan yang digunakan adalah أَنصِتُ (anÎitË) yang bermaksud hendaklah kamu mendengar dengan diam dan memerhatikan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan.

Penggunaan istilah ini di dalam al-Quran amat khusus dan spesifik. Malah objek langsung kepada kata kerja mendengar dengan memberikan perhatian dengan bersungguh-sungguh ini adalah kitab al-Quran itu sendiri, dan bukan yang lain-lain. 

Oleh itu, boleh dikatakan penggunaan dan fungsi istilah naÎa(أَنصِتُ) ini sangat khusus, spesifik dan objek langsungnya adalah al-Quran. Apabila al-Quran dibacakan, para pendengarnya perlu diam untuk mendengar sambil memberikan perhatian kepada ayat-ayat al-Quran. Itulah suruhan dari al-Quran sendiri. 

Berdasarkan dua ayat yang tertera di atas, arahan أَنصِتُ (anÎitËditujukan kepada manusia dan juga jin. Oleh itu, golongan manusia dan jin disaran agar senyap atau mendiamkan diri sambil mendengar dengan baik, memberikan perhatian, memerhatikan makna serta mengambil pelajaran dan pengajaran daripada pembacaan ayat-ayat al-Quran.

Jika diperhati kepada dua ayat yang dipaparkan di atas, kedua-dua ayat menggunapakai istilah kata kerja غّزسا (istamaa) atau derivatifnya dengan istilah أَنصِتُ(anÎitË). Ia seperti ulangan kepada kalimah yang sangat mirip maksudnya. 

Kata غّزسا (istamaa) bermakna mendengar dan kata أَنصِتُ(naÎat) juga bererti mendengar tetapi dengan denotasi mendiamkan diri dengan memberi perhatian, memikir maknanya dan bersungguh-sungguh. Situasi ini disebut sebagai redundant di dalam bahasa Inggeris, di mana perkataan yang hampir sama maknanya digunakan sebanyak dua kali. Namun di dalam bahasa Arab, ia membayangkan suatu penekanan atau tawkÊd. Apabila al-Quran dibacakan, maka hendaklah seseorang itu, sama ada manusia ataupun jin, mendiamkan diri untuk mendengar dan memperhatikan maksudnya. 

Perkataan “memperhatikan” juga membawa makna bersamanya dengan perhatian, menumpukan pendengaran dan fikiran, melakukan pengamatan, memikir, merenung, dan membuat pertimbangan.

Malah arahan agar diam dan memperhatikan pembacaan al-Quran tidaklah khusus untuk manusia sahaja tetapi juga golongan makhluk halus seperti jin. Ini dapat difahami berdasarkan ayat 29 surah al-AÍqÉf (46), seperti yang tertera di atas.

Sungguhpun arahan ini tidak datang secara khusus daripada Allah SWT tetapi gesaan ini keluar atas rasa kesedaran dan sikap prihatin yang tinggi di kalangan sebahagian daripada kaum jin itu sendiri. Mereka saling ingat mengingati serta saling nasihat menasihati sesama mereka. 

Logik mudahnya, jika sebahagian golongan jin mahu dan bersedia mendengar pembacaan al-Quran, apakah manusia yang sememangnya al-Quran itu diturunkan khusus untuk mereka, masih mahu bersikap degil, keras hati serta tidak memperdulikannya? 

Ketahuilah pengaduan Rasulullah SAW kepada Tuhannya, sebagaimana firman Allah:


Surah Al-Furqaan - سورة الفرقان

[25:30] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


25:30
25_30 Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
(Al-Furqaan 25:30) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 362 - ٣٦٢

Seterusnya istilah ketiga bagi aspek pendengaran elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran ialah kata udhun (ْ أُذُنٌ). 

Ia merupakan indera bagi pendengaran. 

Udhun ْأُذُنٌ )

Istilah ketiga aspek pendengaran bagi elemen asas pemikiran kritis menurut al-Quran adalah kata udhun (ْ أُذُنٌ) yang bermaksud telinga. Manusia menggunakan telinga sebagai alat untuk mendengar bunyi, suara, pembicaraan atau mengetahui maklumat dan berita yang beredar di persekitaran.


The triliteral root hamza dhāl nūn (أ ذ ن) occurs 102 times in the Quran, in nine derived forms:
  • 23 times as the form I verb adhina (أَذِنَ)
  • three times as the form II verb adhana (أَذَّنَ)
  • twice as the form IV verb ādhan (ءَاذَن)
  • twice as the form V verb ta-adhana (تَأَذَّنَ)
  • 12 times as the form X verb is'tadhana (ٱسْتَـْٔذَنَ)
  • once as the noun adhān (أَذَٰن)
  • 39 times as the noun idh'n (إِذْن)
  • 18 times as the noun udhunun (أُذُنٌ)
  • twice as the form II active participle mu-adhin (مُؤَذِّن)


Results 1 to 18 of 18 for pos:n lem:>u*unN (in 0.005 seconds):
(2:19:12) ādhānihimtheir earsيَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ
(4:119:5) ādhāna(the) earsوَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ
(5:45:11) wal-udhunaand the earأَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ
(5:45:12) bil-udhunifor the earوَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ
(6:25:12) ādhānihimtheir earsوَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا
(7:179:19) ādhānun(are) earsوَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
(7:195:17) ādhānunearsأَمْ لَهُمْ أَيْدٍ يَبْطِشُونَ بِهَا أَمْ لَهُمْ أَعْيُنٌ يُبْصِرُونَ بِهَا أَمْ لَهُمْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا
(9:61:7) udhunun(all) earوَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ
(9:61:9) udhunuAn earقُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ
(17:46:8) ādhānihimtheir earsوَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا
(18:11:3) ādhānihimtheir earsفَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
(18:57:21) ādhānihimtheir earsإِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا
(22:46:11) ādhānunearsفَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا
(31:7:12) udhunayhihis earsوَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا
(41:5:9) ādhānināour earsوَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ
(41:44:21) ādhānihimtheir earsوَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى
(69:12:5) udhununan earلِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَا أُذُنٌ وَاعِيَةٌ
(71:7:9) ādhānihimtheir earsجَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ

See Also


Berikut beberapa ayat berkaitan, yang menggunakan kata udhun (ْ أُذُنٌ ) atau derivatifnya. Firman Allah SWT:

Surah At-Taubah - سورة التوبة

[9:61] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


9:61

وَمِنْهُمُ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلنَّبِىَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِالـلَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ الـلَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ



9_61 Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(At-Taubah 9:61) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 196 - ١٩٦



Surah Al-A'raaf - سورة الأعراف

[7:179] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


7:179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ

7_179 Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 174 - ١٧٤

Surah Fussilat - سورة فصلت

[41:53] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


41:53
41_53 Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
(Fussilat 41:53) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 482 - ٤٨٢


Kata udhun (ْ أُذُنٌ) bermaksud telinga. Kata jamanya adalah ْ أُذُنٌ(ÉdhÉn). Ia berasal dari kata kerja ْرؤ٠ ْرأ (adhina-yadhanuyang boleh bermakna memperdengarkan, memberi izin atau mengizinkan, tahu atau mengetahui atau memberi tahu dan sembahyang atau memanggil sembahyang.

Namun untuk tujuan segmen dan penulisan ini, hanya yang bererti “telinga” sahaja yang diambil kira. Berdasarkan kajian al-Quran, istilah udhun (ْ أُذُنٌ) yang digunakan untuk maksud mendengar terulang sebanyak 18 kali dan berada di 13 buah surah yang berbeza. 

Terdapat lima (5) bentuk derivatif, iaitu ْ أُذُنٌ(udhun), ٗ١ٔ  رأ(udhunayh), ْارآ (ÉdhÉn), بٕٔارآ (ÉdhÉninÉ) dan ُٙٔارآ (ÉdhÉnihim). Semuanya berbentuk ism atau kata nama, di mana lima (5) kalimah dalam bentuk mufrad, satu (1) muthannÉ dan 12 dalam bentuk jamaTerdapat 11 perkataan di dalam surah Makkiyyah dan tujuh (7) lagi di dalam surah Madaniyyah. Al-Quran menggunakan istilah ini untuk makna telinga, dua telinga, telinga-telinga dan mendengar. 

Ayat 61 surah al-Tawbah (9) menggunakan frasa هُوَ أُذُنٌ(huwa udhun) yang bererti dia telinga, dengan maksud dia (Rasulullah SAWumpama telinga yang selalu suka mendengar dan menerima segala cakap orang atau suka lekas percaya apa yang didengarinya.


وَمِنْهُمُ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلنَّبِىَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِالـلَّـهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ الـلَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Itulah tuduhan orang-orang munafik terhadap Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW adalah seorang yang udhun, apa sahaja percakapan orang yang didengarnya, terus diiyakan sahaja.

Berikut jadual 2.5 yang memaparkan penggunaan kata ْأُذُنٌ (udhun) atau derivatifnya sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran.

Jadual 2.5. Penggunaan Kata ْأُذُنٌ(udhun) Dan Derivatifnya Dalam Al-Quran




Sumber: Hasil Analisis Kata ْأُذُنٌ(udhun) Sebagaimana Yang Terdapat Di Dalam al-Quran.

Telinga menjadi alat atau deria bagi pendengaran. Ia merupakan alat asas untuk mendapatkan rangsangan, maklumat atau ilmu daripada alam sekeliling. Aspek dan indera pendengaran ini penting kerana pembentukan sistem pendengaran manusia terbentuk dan matang terlebih dahulu daripada indera-indera yang lain. Selain pendengaran, aspek penglihatan juga merupakan domain penting bagi elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran.

ASPEK PENGLIHATAN

Penglihatan adalah aspek kedua elemen asas pemikiran kritis menurut al-Quran. Aspek ini dapat difahami apabila diteliti istilah-istilah yang berkait dengan perbuatan melihat dan deria penglihatan. Istilah yang termasuk di dalam kumpulan ini adalah kata شظٔ (naÐar), ٜأس (raÉ), شصث (baÎar), حدبٙش (syahÉdah), ٍِػ (ayn) dan فشط (Ïarf). 

Maksud mudah bagi setiap istilah ialah pandangan, melihat, penglihatan, penyaksian atau persaksian, mata dan kerlipan mata. 

Penglihatan adalah pancaindera kedua terpenting selepas pendengaran. Al-Quran lazim menggandingkan penglihatan selepas pendengaran, sebagaimana contoh ayat-ayat al-Quran yang berikut. 

Firman Allah SWT:


Surah Al-Nahl - سورة النحل

[16:78] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]
16:78

16_78 Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:78) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 275 - ٢٧٥

Surah Al-Israa' - سورة الإسراء

[17:36] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


17:36
17_36 Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Al-Israa' 17:36) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 285 - ٢٨٥


Biarpun penglihatan adalah pancaindera kedua terpenting selepas pendengaran, namun dari segi fungsi, ia digunakan dengan lebih meluas berbanding deria pendengaran. Ini dibuktikan dengan jelas apabila terdapat lebih banyak istilah-istilah al-Quran, dengan penggunaan lebih meluas, yang berkaitan dengan aspek penglihatan berbanding pancaindera pendengaran. 

Jadual 2.6 yang berikut memaparkan ringkasan dapatan bagi istilah-istilah elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran dari aspek penglihatan. 


Jadual 2.6. Rumusan Istilah Elemen Asas Pemikiran Kritis Menurut Al-Quran dari Aspek Penglihatan






Sumber: Hasil Analisis Istilah-Istilah Elemen Asas Pemikiran Kritis Al-Quran Berkait dengan Aspek Penglihatan.

Seterusnya dihuraikan dengan lebih terperinci setiap istilah di dalam jadual 2.6 di atas. 

Istilah pertama aspek penglihatan bagi elemen asas pemikiran kritis al-Quran ialah kata شظٔ (naÐar).
2.6.1(b)i. NaÐar (رظن Kalimah شظٔ (naÐar) bermaksud melihat atau memerhati. Melakukan observasi, pemerhatian atau pengamatan juga merupakan sebahagian dari aspek penglihatan bagi
elemen asas pemikiran kritis yang dianjurkan al-Quran. 

Beberapa ayat al-Quran yang menggunakan istilah ini atau derivatifnya. 

Firman Allah SWT:

Surah As-Saaffaat - سورة الصافات

[37:73] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


37_73 Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
(As-Saaffaat 37:73) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 448 - ٤٤٨

Surah Al-Maaidah - سورة المائدة

[5:75] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


5_75 Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
(Al-Maaidah 5:75) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 120 - ١٢٠

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:46] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


6_46 Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.
(Al-An'aam 6:46) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 133 - ١٣٣

Kata شظٔ (naÐar) berasal dari kata kerja شظٕ٠ شظٔ (naÐara-yanÐuru), yang boleh memberikan jaringan makna seperti melihat, memandang, menatap, memerhati, merenung, memikir, mengamati, menilik, dan yang seumpamanya.

Ia wujud dalam 29 bentuk yang berbagai derivatifnya dan digunakan sebanyak 129 kali di dalam al-Quran.

Ada yang berbentuk ًؼف (fil) dan juga ُسا (ism). Sila rujuk jadual L.2 yangmemaparkan taburan penggunaan kata شظٔ (naÐar) dan derivatifnya, sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran pada Lampiran B di dalam bahagian “Lampiran.”

Berdasarkan jadual L. 2 yang terdapat pada Lampiran B, berikut beberapa kesimpulan yang dapat diambil. 
Sebahagiannya, adalah kata kerja شظٕ٠ شظٔ (naÐara-yanÐuru) serta derivatifnya terulang sebanyak 129 kali di dalam al-Quran. Kata kerja ini membentuk 29 derivasi, antaranya ialah شظٔ (naÐar) tiga kali, ْٚشظٕر (tanÐurËnempat kali, شظٔا (unÐur) 26 kali, ٜشظٔا (unÐurÊ) satu kali, شظزٔا (intaÐir) satu kali, ٓ٠ظبٌٕا(al-nÉÐirÊn) lima kali, حشظٔ (naÐrah) satu kali, حشظٔ (naÐirah) satu kali dan lain-lain lagi.

Kebanyakan istilah ini atau derivatifnya berada di dalam surah-surah yangawal, antaranya surah al-Baqarah (2) sembilan kali, Óli ImrÉn (2) empat kali, al-ArÉ(7) 15 kali, YËnus (10) 11 kali, al-Naml (27) lapan kali, al-RËm (30) tiga kali, al-Mumin (40) dua kali, dan sebagainya.

Istilah ini dan derivatifnya terbentuk daripada tiga jenis fiil iaitu bentuk perbuatan masa lampau atau ٝضبِ ًؼف (4 kali), perbuatan masa sekarang atau masa hadapan iaitu عسبضِ ًؼف (56 kali), dan perbuatan suruhan atau arahan atau شِا ًؼف (48 kali). Selain berbentuk fiil, ada juga yang berbentuk kata nama atau ُسا (21 kali). 

Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa kebanyakan istilah ini atau derivatifnya berbentuk ًؼفعسبضِ (fil muÌÉri) dan شِا ًؼف (fil amr). Kerana itu juga, suruhan atau gesaan agar melihat, memerhati dan mengkaji adalah sesuatu yang dipentingkan al-Quran dan sangat dominan. Perbuatan melihat atau memerhati digunakan untuk kedua-dua, sama ada yang berbentuk fizikal ataupun yang abstrak. Malah percakapan manusia juga perlu diperhati, dalam erti kata lain didengari dengan berhati-hati dan dipertimbangkan.

Istilah ini dan derivatifnya mempunyai bentuk mufrad atau singular sebanyak 53 kali. Manakala bentuk jama‘ atau plural ialah 76 kali. Oleh itu bentuk jama‘ adalah lebih banyak daripada yang mufrad. 

Kalimah ini dan derivatifnya secara dominan berada di dalam surah-surah Makkiyyah dengan bilangan sebanyak 99 kali. Surah Madaniyyah pula sebanyak 30 kali. Boleh juga dirumuskan bahawa arahan agar melihat dan memerhati banyak berada di dalam ayat-ayat al-Quran yang turunnya ketika di Mekah dan di peringkat dakwah yang mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dengan melihat kepada tanda-tanda dan bukti-bukti kekuasaan Tuhan yang terpapar pada alam semesta.

Penggunaan al-Quran menunjukkan istilah ini serta derivatifnya membawa maksud memandang, melihat, berfikir, memerhati, menimbang, menunggu, menanti, pandangan dan penangguhan.

Berdasarkan penggunaan istilah ini dan derivatifnya di dalam al-Quran, manusia diperintahkan agar sentiasa memerhati dan memikirkan tentang diri serta perbuatan-perbuatan mereka sendiri, fenomena alam serta alam jagat raya ini dan sejarah masyarakat manusia terdahulu. 

Allah SWT berfirman bahawa sesungguhnya Dia juga sentiasa mengetahui dan memperhatikan manusia dan segala tindak tanduk mereka, sebagaimana firman-Nya:

Surah Yunus - سورة يونس

[10:14] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


10_14 Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(Yunus 10:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 209 - ٢٠٩

Penyelidikan terhadap al-Quran menunjukkan bahawa istilah ini juga digunakan untuk melihat kepada benda-benda yang bersifat fizikal, seperti langit, bumi, makanan, minuman, binatang dan sebagainya. Contoh ayat-ayat al-Quran yang membawa maksud ini ialah:

Surah Al-A'raaf - سورة الأعراف

[7:185] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


7_185 Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?
(Al-A'raaf 7:185) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 174 - ١٧٤

Surah Al-Baqarah - سورة البقرة

[2:259] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


2_259 Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Al-Baqarah 2:259) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 43 - ٤٣

Surah Yunus - سورة يونس

[10:101] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


10_101 Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.
(Yunus 10:101) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 220 - ٢٢٠

Surah Al-Ghaasyiyah - سورة الغاشية

[88:17 - 88:20] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


88_17 (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(Al-Ghaasyiyah 88:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_18 Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(Al-Ghaasyiyah 88:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_19 Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢

88_20 Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(Al-Ghaasyiyah 88:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 592 - ٥٩٢


Kajian al-Quran juga membuktikan banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar melihat, memerhati, memikir dan mengkaji akibat atau kesan yang dideritai oleh umat-umat terdahulu yang mensyirikkan Allah, mendustakan para rasul serta ayat-ayat-Nya, melakukan kefasadan atau kerosakan, yang banyak berdosa, yang diberi peringatan dan seterusnya. Antara ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Ar-Ruum - سورة الروم

[30:42] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


30_42 Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

Surah Al-An'aam - سورة الأنعام

[6:11] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


6_11 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."
(Al-An'aam 6:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 129 - ١٢٩

Surah Al-A'raaf - سورة الأعراف

[7:86] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


7_86 "Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.
(Al-A'raaf 7:86) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 161 - ١٦١

Surah An-Naml - سورة النمل

[27:69] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


27_69 Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
(An-Naml 27:69) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 383 - ٣٨٣\\

Dapat dirumuskan bahawa kata شظٔ (naÐar) digunakan untuk maksud perkara-perkara yang bersifat konkrit serta fizikal, seperti langit, bumi, binatang, tanaman dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk memerhati dan memikir tentang hal-hal yang bersifat abstrak, seperti kisah sejarah, kesan atau akibat perbuatan syirik atau dosa-dosa besar yang melanggar perintah Allah Yang Maha Esa. Penggunaannya di dalam al-Quran juga agak sederhana berdasarkan bilangan pengulangannya.

Selepas mengenali kalimah شظٔ (naÐar), istilah kedua aspek penglihatan bagi elemen asas pemikiran kritis ialah kata ٜأس (ra’É) pula.

Ra’É (تَرَ )

Istilah ٜتَرَ (ra’Émudahnya bermaksud melihat. Ia menjadi istilah kedua dari aspek penglihatan bagi elemen asas pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran. 

Berikut beberapa contoh ayat al-Quran yang menggunapakai kata ٜتَرَ (ra’Éserta derivatifnya. 

Firman-Nya:

Surah As-Sajdah - سورة السجدة

[32:27] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


32_27 Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?
(As-Sajdah 32:27) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 417 - ٤١٧

Surah Ibrahim - سورة إبراهيم

[14:19] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


أَلَمْ تَرَ أَنَّ الـلَّـهَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ

14_19 Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.
(Ibrahim 14:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 258 - ٢٥٨

Surah Ibrahim - سورة إبراهيم

[14:24] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


14_24 Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
(Ibrahim 14:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 258 - ٢٥٨

Surah Al-Hajj - سورة الحج

[22:18] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]


22_18 Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

Surah An-Naml - سورة النمل

[27:88] - Ini adalah sebahagian dari keseluruhan surah. [Papar keseluruhan surah]

27_88 Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
(An-Naml 27:88) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark | Muka Surat 384 - ٣٨٤

Kalimah ٜش٠ ٜأس (raÉ-yarÉbermaksud melihat, memandang, mempunyai pendapat atau pandangan. 

Berdasarkan al-Mawrid al-WasÊÏ, kata ٜتَرَ(raÉini boleh menjadi sinonim kepada kalimah شصثأ (abÎardengan erti melihat, memerhati, memandang, mempertimbang, terpandang dan terlihat. Ia juga sinonim dengan kata كزدأ (adrak) yang membawa makna melihat, mengerti, merasa, mengetahui, mencerap, memerhati, menyedari, mengenali, mengakui. 

Berdasarkan Mu‘jam al-Mufahras, istilah ini digunakan Secara meluas, dengan maksud yang umum. Ia mempunyai bilangan penggunaan yang tinggi, iaitu 328 kali di dalam al-Quran, dengan penggunaan bentuk-bentuk yang berbeza dan pelbagai, iaitu sebanyak 86 bentuk derivatif.

Kata ٜتَرَ(raÉ) merupakan kalimah yang umum penggunaannya di dalam al-Quran bagi makna melihat, nampak atau memerhati. Kata kerja ini digunakan untuk melihat berbagai perkara, yang bersifat fizikal atau konkrit dan juga abstrak atau non-fizikalMelihat yang fizikal adalah mudah dan banyak contoh yang boleh dilihat, seperti langit, bumi, gunung-ganang, pemandangan langit di waktu malam, awanan, tumbuh-tumbuhan, binatang, lautan, musim-musim dan sebagainya, malah seluruh alam ini. 

Contoh non-fizikal atau abstrak yang perlu “dilihat” dan difikir termasuklah berbagai perumpamaan yang dilontarkan al-Quran, kisah-kisah lampau, pemandangan yang bakal berlaku di alam akhirat, konsep dosa pahala, syurga neraka, malaikat, syaitan, dan sebagainya.

Sila rujuk jadual L.3 pada Lampiran C yang menunjukkan taburan penggunaan sebahagian daripada istilah-istilah ini serta derivatifnya sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran. Berdasarkan jadual L.3, berikut beberapa kesimpulan yang diperolehi. Antaranya ialah kata kerja ٜأس (raÉ) dan semua derivatifnya terulang sebanyak 328 kali di dalam al-Quran.

Keseluruhannya terdapat 86 bentuk derivatif bagi istilah-istilah ini, antaranya ٜتَرَ(ra’É) 13 kali, ذ٠أس (raaytu/a) 17 kali, ُز٠أسأ(araaytum) 21 kali, شر (tara) 31 kali, ٜشر (tarÉ) 36 kali, اٚش٠ (yaraw/Ë) 27 kali, هٕ٠شٔ(nuriyannak) 4 kali, dan seterusnya.

Penggunaan istilah-istilah ini adalah lebih dominan di dalam surah-surah Makkiyyah, seperti al-FÊl (105), al-TakÉthur (102), al-MÉ‘Ën (107) dan lain-lain lagi. 

Penggunaannya agak sedikit pada surah-surah Madaniyyah, seperti al-Baqarah (2), ÓliImrÉn (3), al-NisÉ’ (4), al-MÉidah (5), dan sebagainya. Nisbahnya lebih kurang 3 : 1.

Seperti yang diketahui, zaman Mekah adalah fasa awal dalam perkembangan dakwah Islamiah. Al-Quran mengajak manusia agar melihat, menengok, memerhati dan berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Tuhan yang disebutkan itu. Al-Quran secara langsung membawa serta mengalihkan pandangan dan penglihatan manusia kepada perkara-perkara yang menimbulkan perasaan dan keinsafan tentang kewujudan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta. Bagi yang telah beriman, saranan ini akan memantap dan menguatkan lagi keimanan mereka.

Istilah-istilah ini digunakan dalam tiga bentuk ًؼف (fil), iaitu ٝضبِ ًؼف (filmÉÌÊ), عسبضِ ًؼف (fil muÌÉri), dan شِا ًؼف (fil amr). Selain berbentuk fiil, ada juga yang berbentuk kata nama atau ُسا (ism). Kata kerja ٜأس (raÉ) dan semua derivatifnya juga didapati di dalam tiga bentuk, iaitu mufrad (bilangan satu), muthannÉ (bilangan dua), dan jama‘ (bilangan tiga dan lebih atau banyak).

Penggunaan al-Quran menunjukkan istilah ini bersama derivatifnya mempunyai maksud melihat, nampak, kelihatan, perhati, mimpi, tunjukkan dan lain-lain. Penggunaannya di dalam al-Quran juga menampakkan bahawa ia adalah istilah yang lebih umum penggunaannya, lebih meluas dan lebih tinggi bilangan penggunaannya. 

Al-Quran menggandingkan bentuk َبٙفزسا (istifhÉm) bermakna pertanyaan atau soalan dan kata nafi lam (ٌُ) dan kata kerja ٜشر (tarÉ) sebagai uslub atau metode untuk merangsang dan menggalakkan manusia melakukan pemerhatian dengan lebih tajam.

Frasa yang dimaksudkan ialah شر ٌُأ , اٚشر , ش٠ , اٚش٠ (A lam tara, taraw, yara, yaraw) yang bermaksud “Apakah engkau/kamu/dia/mereka tidak memperhatikan”.

Bentuk شر ٌُأ (a lam tara) yang memberi indikasi mufrad atau singular diulang sebanyak 31 kali; manakala اٚشر ٌُأ (a lam taraw) yang menunjukkan bentuk jama‘ atau plural diulang hanya 2 kali sahaja. Bagi bentuk ش٠ ٌُٚأ (bentuk mufrad) hanya ada pada 2 ayat sahaja, sedangkan bagi bentuk jama‘ اٚش٠ ٌُأ , ia diulang sebanyak 18 kali. Keadaan yang pertama di mana bentuk mufrad “engkau memperhatikan” diulang 31 kali menggambarkan galakan atau gesaan al-Quran agar setiap pembaca al-Quran melakukan perbuatan ini. Namun begitu al-Quran memberi fokus yang lebih kepada bentuk kolektif mereka bagi bentuk diri ketiga berbanding dia. Al-Quran mahukan lebih ramai atau semua manusia agar melihat dan memerhati alam ini supaya mereka menyedari serta memahami hakikat ketuhanan, dan kembali kepada Tuhan mereka, iaitu Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada-Nya sahaja.

Setelah mengetahui sedikit sebanyak mengenai ةاس (ra’É)kalimah seterusnya adalah kata شصث (baÎar) yang merupakan sebahagian daripada aspek penglihatan.\

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com

Search This Blog

Powered by Blogger.

Blog Archive